My 2011 Short Stories

Thursday, December 29, 2011 Pojiegraphy Journal 5 Comments


Assalamualaikum rakan-rakan yang aku betul betul sayang! Meet again for my new entry. Pssstt! Tahun 2011 dah nak habis. Korang dah listkan azam korang? (Capai pen atas almari, cari kertas kosong). Mine? So far, ada dah dalam kepala cuma belum sampai masa nak tulis atas kertas. Rasanya elok simpan dalam kepala saja and the most important thing is aku berdoa dan berharap agar hajat aku Tuhan makbulkan. Setiap tahun baru, aku akan berdoa dan berhajat:



" Ya Allah, jauhkanlah diri dan keluarga serta rakan-rakanku daripada sebarang bencana. Jauhkanlah diri ini daripada sebarang keburukan. Jadikanlah aku sebagai manusia yang berguna tahu untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Yang penting, berjaya dalam hidup "



Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. So, saya sempat membuka semula diari 2011 saya untuk dishare dalam blog ini. So hope korang enjoy baca my #2011ShortStories



JANUARY



Tahun baru dimulakan dengan azam yang seperti biasanya. Permulaan yang baik. Sibuk membuat persiapan untuk masuk ke semester baru iaitu semester 2. Alhamdulillah, tidak seberat yang aku sangka dapat juga aku lepas semester 1 dengan keputusan yang agak memuaskan walaupun tidak tersenarai dalam anugerah dekan. Tapi alhamdulillah, ia tidak memutuskan semangat aku untuk terus berusaha.



FEBRUARY



Semester 2 mula tegang, mula stress semula dengan timbunan assignment yang kadangkala boleh buat kepala ni macam nak pecah. Daripada 10 subjek turun kepada 8 subjek. Ada 2 subjek tambahan iaitu Studio Lighting dan juga Digital Imaging. Subjek studio sangat best, dimana kita boleh berposing ala-ala model then dapat tackle bebudak UiTM yang alasannya nak minta tolong jadi model. Relationship? Biarlah berhenti di bulan ini buat sementara waktu. Ingat, pelajaran harus diutamakan dalam hidup. Tanpa ilmu, tiada gunanya cinta itu (Amboi, sempat lagi bermadah).


MARCH



Bulan mac aku berjalan dengan agak sedikit kesukaran. Mungkin ada sesuatu yang kurang. Senang cerita, bulan mac adalah bulan dimana aku cuba untuk memperbaiki segala kesilapan yang lepas. Cuba untuk kuat dan bersemangat untuk jalani episod kehidupan. Antara salah satu kerja yang aku ingat ialah aku terpaksa pergi shooting untuk assignment Advanced Photography dimana kami disuruh untuk shoot rumah-rumah Melaka. Oh, itu merupakan satu pengalaman yang sangat seronok dimana dapat tengok pelbagai jenis rumah-rumah di Melaka ni.


APRIL



Untuk bulan april, nothing much. Semester 2 aku hampir di penghujungnya. Berat, tapi Alhamdulillah. Finalku berakhir dengan positif sekali. Anyway, aku rasa gambar diatas dapat menceritakan apa yang aku cuba sampaikan.

MAY



Exam is over. Now, its time to go back home. Yeah, like super duper home! Cuti semester aku kalini aku habiskan dekat kampung halaman aku iaitu Sabah. Rindu dekat mak dan ayah, rindu rumah, rindu bantal bucuk dan katilku, rindu kengkawan dekat sana. Juga, pesta Kaamatan (Menuai) juga sempat aku sambut disana. Best! ;]


JUNE



Selepas selesai cuti semester selama sebulan lebih, mulalah semester baru iaitu semester 3. Alhamdulillah, sampai juga ke semester tiga. Pada awal semester ini, nothing much. Semuanya berjalan seperti biasa, tiada sebarang tekanan yang dihadapi. By the way, Penang was awesome like whoa! Wish boleh datang melawat tempat tu lagi.


JULY



Julaiku berjalan dengan suam-suam saja. Banyak masa aku berjalan di kampus. Nothing much. Busy with assignments, shoot there shoot here. Anyway, being in semester 3 was not easy as i expected. Agak berat juga. Alhamdulillah again, tiada sebarang perkara buruk yang berlaku. P/s: Tak sabar menunggu bulan Ramadhan.


AUGUST



Selamat Hari Jadi yang ke 19 tahun buat diri aku

Tibalah kita dibulan kemuliaan. Bulan dimana semua umat Islam mengejar untuk berbuat kebaikan. Bulan ramadhan disambut dengan agak tenang walaupun terpaksa membuat pelbagai kerja sebagai contoh: Shooting. Seksanya bila berpanas semasa shooting, lepas tu ada amoi tengah minum air coke. Seksa, itu seksa. Alhamdulillah juga, department Photography bergotong-royong disalah satu kampung dekat Melaka dan berbuka puasa sekali disana. Yang penting, happy sebab family datang melawat di Shah Alam. Sempat juga berbuka puasa bersama.

Favorite/Weird Assignment : Bila kita kena shooting makanan sebagai contoh: Ikan, udang, ketam dalam studio. Itu menarik dan pelik.


SEPTEMBER



Setelah sebulan berpuasa, tibalah saat yang dinanti-nantikan. Baju standby, muka kena licin, camera make sure battery full charged. Selamat Hari Raya semua! ;] Septemberku juga dihadiahkan dengan kemunculan blog aku dalam salah satu majalah daripada Karangkraf iaitu majalah Remaja. Satu lonjatan yang positif buat blog yang suam-suam ini. Alhamdulillah again.


OKTOBER



Oktoberku bermula dengan sesi memerah otak untuk Final exam bagi semester 3. Parah memang parah. Tapi, Alhamdulillah. Walaupun terpaksa tidak cukup tidur untuk membuat persiapan yang baik menjelang paper seterusnya. Semuanya selesai dengan baik dan tenang. Tiada sebarang halangan. Alhamdulillah! Please say 'Hello' to Semester Break!


NOVEMBER



Flying back again to Kota Kinbalu, Fewah! Bahagianya hidup jika setiap kali cuti semester, tempat yang strategik untuk aku spend time ialah di kampung halamanku. Sempat juga pergi tempat yang telah lama aku tidak lawat iaitu Pulau Manukan. Memang menakjubkan! Cuti semester aku juga dihadiahkan dengan keputusan semester 3 yang sangat baik. Alhamdulillah, tersenarai dalam senarai anugerah dekan. Alhamdulillah sekali lagi.

DECEMBER



Bermulanya semester 4. Terus dan terus menjadikan diri ini jadi lebih matang. Tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruknya. Pejam celik pejam celik, tinggallah lagi 1 semester untuk Program Diploma aku dalam bidang Fotografi. Banyak yang dipelajari daripada seorang yang 0 menjadi seorang yang boleh memberikan sedikit input. Alhamdulillah. Akanku teruskan usaha ini sehingga habis. InsyaAllah.



Alhamdulillah, tahun 2011 bukanlah tahun yang begitu teruk buatku. Kurasakan tahun 2011 ini banyak memberi aku nasib yang baik. Terima Kasih kepada keluarga aku yang tidak berhenti memberi sokongan kepada aku dalam apa jua aku buat. Terima kasih kengkawan yang sentiasa buat aku gelak ketawa juga kepada pensyarah yang telah banyak membantu aku dalam memberi tunjuk ajar. Tanpa korang, aku tak mampu sampai ke tahap ini (semester 4). Terima kasih banyak-banyak.




Nak tahu 2011 ini merupakan tahun kebahagiaan buat aku?



Inilah dia. Tengok saja gambar diatas, pasti anda tidak lagi tertanya-tanya betul atau tidak jika 2011 ini adalah tahun bahagia buat pojie.




Selamat Tahun Baru kepada semua. Mulakan tahun baru ini dengan azam yang baik. Latihlah diri kita ini untuk menjadi seorang yang lebih rajin. Jauhkan segala keburukan. Akhir sekali, yang keruh kita tinggalkan dan jadikan sebagai pengajaran dan yang jernih kita bawa bersama dengan diri untuk terus ke depan.





p/s : Tahun baru ni nak azam untuk kuruskan badan. kui kui kui. #AkuCintaKamu





5 comments:

  1. weyh yg muke 2010 tu edit ke?? tipu giler kurus camtu..hahaha !

    ReplyDelete
  2. Betul okay. 2010 aku memang kurus macam tu. HAHA!

    ReplyDelete
  3. @Athirah: Terima Kasih awak. Saya masih belajar dalam bidang mengambil gambar :]

    ReplyDelete
  4. sbg pembaca blog nie..of couse 2011 byk crita d kongsi dgn kami. Rsnya photogharpy mmg bidang yg mampu menjdi tulang blkg blog ini bercerita..

    so..harap 2012, banyk lagi story dan photo d kongsi utk pembaca! Good job...n good luck > 2012!

    ReplyDelete