Tak semestinya... #5Words

Friday, November 25, 2011 Pojiegraphy Journal 3 Comments



Istilah #5Words ni pernah menjadi trending dalam laman sosial Twitter. Macam-macam tweet yang aku dapat baca melalui hashtag ni. Kenapa yang belum ada Twitter, maaflah. Mungkin perkataan hashtag ataupun trending topic ni mungkin bisa buat korang blur.blur.


Tweet punya tweet, aku ada 10 senarai tweet berdasarkan hashtag tu yang mungkin bisa bagi korang nasihat, amaran ataupun pelajaran sikit. Lets start it~



Bercinta tak semestinya akan bahagia #5Words

Cuba renung-renungkan topik pertama ni. Ada betulnya atau tidak? Orang kata bercinta ni boleh buat kita bahagia selama-lamanya. No, its a lame! Dulu-dulu bolehlah percaya tapi zaman sekarang? Tidak, tidak. Sedangkan perkahwinan pun boleh buat seseorang itu merana, inikan bercinta yang belum lebih setahun dua tahun. Tidak dik, bercinta ni kadang-kadang boleh buat kita sakit hati, boleh buat kita hilang fokus dalam apa juga kita buat. Jika kita sakit, adakah itu namanya BAHAGIA?




Jadi SINGLE tak semestinya sunyi #5Words

Come on, macamlah ada dia seorang sahaja. Habis tu, Family? Kawan-kawan baik mana? Tiada kekasih atau pun cinta hati tak semestinya kita akan rasa sunyi (100% Sunyi). You can still go make out with your friends, go for movies, get a cup coffee dekat mana-mana tempat or maybe karoake? Nyanyi la lagu yang sedih ke ape ke. Its okay, yang penting it helps for you to release up the feeling of being lonely.



Cantik tak semestinya baik hati #5Words / Handsome tak semestinya baik hati #5Words.

Sama juga la dengan pepatah yang mengatakan bahawa 'Don't judge a book by its cover'. Pepatah tu mengatakan bahawa bila kita nampak luaran itu macam tu, pasti dalamannya juga macam itu. Baik luarnya, pasti dalamnya baik juga. Tidak! Kadangkala apa yang ada pada luarannya tidak akan selalu sama dengan apa yang ada pada dalamnya. Sebagai contoh :- Seseorang wanita itu baik bertudung, tetapi belum tentu mereka memiliki hati yang suci atau baik. (To all hijab girls out there, don't get offended by this statement okay. This is just an example). Fikirlah baik-baik.



Masuk Universiti belum tentu bijak #5Words

Orang zaman dulu-dulu selalu berkata, 'Wah! Anak jemah masuk universiti la. Mesti bijak pandai budaknya'. Itu dulu, itu dulu, bila tengok zaman sekarang syarat nak masuk universiti tu bukanlah begitu ketat (memerlukan seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya 5A). Tidak, apa yang menentukan seseorang itu bijak atau tidak ialah apabila beliau keluar daripada universiti nanti. Kepada yang sudah berada dalam alam universiti, kalau lihat kawan-kawan yang belum lagi berpeluang melangkah ke alam universiti, jangan terlampau show off over the top, berlagak ke ape. There's nothing as you're nothing yet.




Sayang belum tentu lagi setia #5Words

"i love you sayang, forever and ever and i janji cuma you yang i akan sayang, tiada yang lain" <-- Ayat manis yang selalu digunakan dan mana-mana manusia mampu cair dan jatuh rebah hanya kerana ayat itu. Tapi siapa tahu? Sayangnya dia dekat kamu, belum tentu lagi dia akan setia dan tidak akan pernah curang atau menggatal dengan orang lain. Zaman sekarang, jangan mudah terjatuh dengan ayat-ayat manis ya adik-adik, TIDAK SALAH UNTUK MEMPERCAYAI SESEORANG SEPENUHNYA TAPI!.... kenalah beringat dan bersedia dengan apa-apa pun yang mungkin akan terjadi selepas ini. Bak pepatah melayu "Sediakan payung sebelum hujan".




Berharta tapi belum tentu berakal #5Words

Pada abad yang semakin maju dan meningkat ni, orang yang kaya tidak semestinya berakal. Masa bersusah payah ingin menjadi kaya, bukan main lagi habis perah otak tu mengatur strategi itu dan ini, tapi bila sudah berharta, hilang semuanya! Kepala mendongak ke atas, tak pernah nak pandang bawah. Ingat, bila-bila masa Tuhan boleh tarik semua itu.




Baik belum tentu lagi Ikhlas #5Words

"Eh ali, takpe aku tolong kau okay? kitakan dah kawan sekarang" Adik-adik, berhati-hatilah dengan ayat seperti ini. Bak pepatah melayu, "Ada udang disebalik batu ". Kadangkala baik seperti itu pasti ada agenda lain dibelakangnya. Jangan mudah lalai dengan kebaikkan seseorang, bukan untuk tidak mempercayai mereka, tapi ada baiknya jika kita mengamalkan langkah berjaga-jaga. Bukankah?




Tidak berupa belum tentu setia #5Words

Jangan salah faham. Aku just nak betulkan dengan statement yang orang selalu buat iaitu "Eh, orang ni takdelah cantik/handsome sangat mesti dia akan setia dengan kekasihnya nanti kan (kalau ada)" Statement tu nak tegaskan bahawa orang yang punya rupa selalunya tidak setia, dan yang tidak punya rupa itu akan selalu setia. Babe, YOU'RE WRONG! Dapat kekasih yang bukan sahaja cantik/handsome, malah hormat orang, baik dan sudah tentu setia, tapi belum tentu lagi diorang (orang yang tidak punya rupa) akan hargai dan setia dengannya. Renung-renungkan.



Sembahyang belum tentu baik sepenuhnya #5Words

Tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama, just nak bagi pendapat. Zaman sekarang, orang yang selalu sembahyang selalunya bagi nasihat dekat rakan-rakan mereka yang terlupa untuk sembahyang. TAPI! bukan dengan ayat atau cara yang betul. Sebagai contoh, guna ayat atau perkataan kasar/kotor/jijik untuk bagi nasihat dekat orang. Disini nak bagi pendapat, orang yang sebegitu belum tentu lagi memiliki hati yang suci atau baik sepenuhnya. Ya, mungkin setiap orang tiada yang sempurna tapi kadangkala mereka menggunakan sembahyang itu untuk menutup sifat jahat mereka. Begitu juga dengan yang tidak atau terlupa nak sembahyang, tidak semestinya mereka orang yang jahat. Baca dan faham betul topik ini ya.




Bercakap belum tentu lagi betul #5Words

Yang ini agak general, tapi mungkin ada baiknya aku terangkan bab mana yang aku fokuskan. Jika kekasih korang berkata seperti itu ini, adakalanya belum tentu lagi betul apa yang diorang kata tu. Sebagai contoh "I tak pernah sembang atau cuba untuk mengurat dengan orang lain. Tak pernah" <--- Sejauh mana korang percaya? Fikir-fikirkanlah.



Rasanya 10 topik untuk #5Words cukuplah untuk diisi dalam entri kali ini. Hopefully ada serba sedikit yang korang dapat from each of the topics. Bagi yang kurang setuju, maafkan aku. Aku cuma berkongsi pandangan dan pendapat.

"Janganlah kita jadikan rupa paras baik yang diberikan oleh Tuhan sebagai tiket untuk kita menyakitkan hati orang atau mempermainkan perasaan orang lain. Kelak anda akan sedar apabila Tuhan tarik kurnia yang diberikan olehNya
kepada kamu"




3 comments:

  1. Syukur dgn rupa paras yg agak macho :)

    ReplyDelete
  2. ni melayu punye style

    bersangka baik adalah sifat yang terpuji..

    ReplyDelete