Oh Labuan, Sabah.

Monday, October 17, 2011 Pojiegraphy Journal 3 Comments







Ehem Ehem, gambar di atas merupakan pembuka selera korang untuk terus membaca entri kali ini. (Ayat agak poyo dan menggelikan. Maafkan). Saja nak update gambar muka. Alhamdulillah, sentiasa lengkap dengan sepasang mata, telinga. Hidung, mulut dan sebagainya. Hope korang semua pun sihat juga ya. Untuk entri kali ini, aku tidak akan menyeksa para pembaca untuk terus terus dan terus membaca. Tahu korang dah penat membaca mana nak baca nota itu, nota ini lagi. Confirm agak bosan dengan tulisan kan?



Yeah, last two days. I've been to another land of Sabah, Labuan. Labuan dimana semuanya bebas Eh! Bukan bebas seperti yang korang fikirkan. Apa yang aku maksudkan ialah choclate, ciggar, dan juga sesetengah barang di sana adalah harganya berada pada tahap murah. Superb! Murah gila ok.



/Pretty sure you can spot me. Ermmmm/


Sebelum itu, tujuan utama pergi ke Labuan ni adalah untuk menghadiri majlis persandingan antara salah satu saudara terdekat aku yang baru saja memeluk agama Islam. Alhamdulillah and congrats to uncle Faiz @ Freddy. Semoga berkekalan sehingga ke anak dan cucu. Amin.



Okay, lupakan tentang itu. Bagi yang belum pernah ke Labuan. Nak tengok serba sedikit suasana ketika nak pergi sana dan juga ketika di sana?


Jom lihat gambar dibawah ini berserta dengan caption yang mungkin membawa sedikit info buat korang yang bercadang nak berjalan-jalan ke Labuan, suatu hari nanti :)




Perjalanan ke Labuan dimulakan di Terminal Feri Menumbok, Sabah. Untuk lebih murah dan cepat. Untuk anda yang tidak kisah tentang tambang dan masa, korang boleh ikut melalui Terminal Feri Kota Kinabalu, Sabah. Apa-apa pun, pengalaman pertama menaiki feri itu agak menggerunkan. Perjalanan mengambil kira-kira sejam untuk sampai di Labuan.




/kesian sikecil Adam ni kepanasan, tapi maintain comel/




Gambar diatas merupakan salah satu suasana orang sedang menunggu feri untuk berlepas. Memang padat, tapi seronok.




Malangnya, masa pergi ke Labuan. Kitaorang mengikut feri express. Yang cuma menempatkan beberapa orang je dalam tu. Tapi, selamat dan cepat sampai.


Sesampainya dekat Labuan, misi mencari hotel yang berdekatan. Pusing punya pusing, rupa-rupanya Kota Labuan ni tidaklah begitu besar. Sungguh tak sangka. Semuanya hampir sama dengan Kota Kinabalu. Tapi mungkis Labuan ni agak sibuk sedikit dan juga kurangnya coverage untuk telefon bimbit. Jaga-jaga ya korang yang baru pertama kali ke Labuan, takut sesat je di 'Kota Kecil' itu. Apa apa pun, memang best dapat pengalaman ronda-ronda dekat sana.


Nak tengok gambar suasana di sana lagi?




Untuk pengetahuan, gambar diatas diambil pada pukul 5.30 Petang. Sekitar kawasan Waterfront Labuan. View from our hotel.




Gambar diatas pula diambil pada pukul 6.30petang. Yeah, used to call it as 'Golden Hour'. Cool and awesome! Sayangnya, aku cuma berpeluang hanya sekali saja untuk tengok ni.


Here's another random photos :













/gambar diatas diambil ketika berada diatas feri besar. Finally, dapat juga naik feri besar and it was like whoa! Lagi best, tengok dan rasa pemandangan sepanjang perjalanan yang mengambil kira-kira 2 jam untuk selamat sampai ke Kota Kinabalu.




Tengok ah, dapat korang feeling-feeling dalam Filem Titanic. Hahahaha!







at the top of the ferry. Yeah, angin sangat kuat dan best dapat tengok semua pada paras yang tinggi :)



Finally, selamat juga sampai di Terminal Feri Menubok, Sabah. Selamat Tinggal Labuan. Jumpa Lagi! Pengalaman memang teeeeeeeeeerbaik!



p/s : Tidak terlepas untuk berkomunikasi dengan si dia ketika di Labuan. Alhamdulillah. :)


Wanna talk and have a chit chat or giving comments? Catch me on Twitter!



3 comments:

  1. wow, nampak menarik labuan.. huhu feri macam kat penang gak... tapi memang gerun satu jam atas tuh...

    ReplyDelete
  2. teringin nak p labuan, x pernah samapai lagi, setakat KK,Tawau n Samporna ja yg pernah pg...

    ReplyDelete
  3. penah p!! okay jugak labuan..sehari pun boleh pusing labuan tu..=)

    http://wapunyerstoli.blogspot.com/2011/05/jalan-jalan-labuan.html

    ReplyDelete