Setiap Masalah, Pasti ada Jalannya.

Friday, August 12, 2011 Pojiegraphy Journal 1 Comments

Entri sebelum ini bercerita tentang sebab-sebab berlakunya 'KECURANGAN' dalam setiap hubungan. Dah selamat reveal apa sebab-sebab/faktor-faktor utama berlakunya perkara tersebut, so entri kali ini kita akan bercakap pasal jalan penyelesaian untuk menangani/menghadapi/mengelak daripada berlakunya perkara ini.

Perkara pertama yang perlu korang tengok ialah diri korang sendiri.

1. Cuba untuk memperbetulkan segala kekurangan. Berusaha untuk mengubah diri adalah jalan yang sepatutnya korang semua buat. Tapi INGAT, pastikan korang selesa dengan perubahan yang korang nak buat jangan sampai korang yang merana kerana terpaksa untuk menjadi 'orang lain'.



2. Waspada. Jika anda dapat menghidu 'bau' kecurangan daripada pasangan korang, cuba untuk paksa diri korang untuk menyiasat perkara tersebut. Tidak salah untuk menyiasat, hal ini kerana kecurangan akan berlansung jika pasangan anda akan berasa senang dan jauh daripada jangkauan anda.



3. Cuba sedaya upaya sebaiknya untuk menghargai pasangan anda. Kerana perlulah anda tahu, kebanyakkannya ia akan dibalas dengan kesetiaan. InsyaAllah.



4. Komunikasi. Salah faham yang berlaku dalam kalangan mereka adalah disebabkan oleh kurangnya komunikasi antara satu sama lain. Kurangnya berbual, berbincang dan tiada persefahaman. Berterus terang jika tidak puas hati adalah satu aspek yang amat penting dalam komunikasi ini.



5. Terima mereka seadanya. "Sudah memiliki bangunan kecil tetapi sempurna, korang tetap nak juga dekat bangunan semegah KLCC tu" Dapat tak apa yang cuba aku sampaikan? Cuba terima pasangan anda seadanya. Baik atau buruknya mereka, kalau dah memang sayang, dah tak boleh kata apa. Jangan sesekali berputus asa dengan sebarang kekurangan yang dihadapi oleh pasangan anda.


6. Fikirkan dan berbincanglah dengan cara yang baik. Cuba untuk mengambil masa untuk diri sendiri. Seboleh-bolehnya duduklah dalam bilik dan fikirkan apa yang silap/tersangkut sehingga boleh menyebabkan kecurangan itu berlaku. Berjumpa and make a face-to-face communication. Maybe this might help.

Jika semua diatas tidak berkesan, ada baiknya anda putuskan sahaja hubungan tersebut sebelum terlambat. Tiada guna untuk meneruskan hubungan tersebut jika pahit dan pedih je yang korang rasa.

Jika tidak suka lagi, cubalah untuk terus terang. Jika tidak berminat lagi, cubalah untuk terus terang. Jika tidak ingin meneruskan lagi, adalah lebih baik untuk berterus terang. Berlaku CURANG adalah bukan jalan yang terbaik untuk setiap masalah yang korang hadapi itu kerana "Sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga".



Renung-renungkanlah. Moga entri ini dapat menyampaikan serba sedikit input untuk para pembaca.


1 comment:

  1. Best entry nie
    Salam kenal,
    nice blog,
    done following you,
    Kalau free jemput singgah ke blog saya,
    Bagi komen and nasihat ok.
    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete