Puasa di Zaman Kanak-Kanak

Thursday, August 04, 2011 Pojiegraphy Journal 1 Comments

Bercakap pasal puasa di Zaman Kanak-Kanak .... Secara automatik tulang-tulang dekat mulut ini memaksa aku untuk tersenyum sendiri. Sekarang dah 19tahun, berpuasa pada umur 19 tahun tidaklah begitu banyak drama sangat. Apa kata kita kembali ke 10 tahun yang lepas.

Menjelang puasa, mulalah ....

1. Sikap Malas ingin ke sekolah.
Alasan penat berpuasa merupakan alasan yang kukuh utk diberikan kepada ibu/ayah sekiranya aku malas hendak ke sekolah. Kira itulah access card utk ponteng sekolah. All Access yo!

2. Duduk buat dek dalam rumah adalah seperti setahun untuk menunggu waktu berbuka puasa.
Deeeeeeek! Tengok tv, tenung peti ais, rajin dok kemas almari makanan, macam-macamlah. Pukul 6.30 (waktu ketika di sabah) adalah waktu paling emas dan berharga, kalah harga emas Rosmah. Fuh

3. Bangun pagi or tengahari, buat-buat lupa itu adalah hari puasa (pada awal-awal bulan puasa).
Haaaaaa, ini pengakuan berani aku tulis. Betul, aku buat-buat terlupa. Setelah selesai, barulah buat-buat rasa bersalah dan berkata "Alamak! Hari ni puasa laaaaah!". Maafkan zaman kanak-kanak aku ya.

4. Puasa mengejar duit raya.
Kalau puasa penuh tahun tersebut, pergh! Dapat duit raya berlipat-lipat kali gandanya. Siapa taknak kan?

5. Selalu/rajin untuk membersihkan kawasan hidung/telinga.
Mungkin ini agak kurang sedap didengar, tapi aku tetap nak share juga. Selama tidak berpuasa, tiadalah rasa nak bersihkan itu ini. Sepanjang puasa tu la aku terpaksa merana untuk tahan daripada membersihkan kawasan tersebut. (Apakah itu? Faham-faham la yer bila melibatkan kawasan hidung dan telinga)

6. Walaupun terbatal puasa, akulah juga paling excited ketika berbuka.
Mak, ayah, kakak dan abang... nak itu! nak ini! nak itu! Buurppp!
(Rancangan terus tergendala)
Gelojoh bukan?

7. Badan terasa lesuh, bibir kering dan kepala pening.
Biasalah, yang ni memang semua akan rasa. Anda boleh disabit jika dengan beraninya cuba untuk deny statement no 7 ni. Cewah!

8. Waktu sahur...........
Susah nak bangun, ayah aku la terpaksa tarik atau angkat aku ke meja makan ketika aku masih kecil. Dah besar ni, memang tak la. Tak pasal-pasal juga aku kena simbah dengan air cili. Jaga-Jaga.


9. Waktu rehat ketika disekolahlah adalah waktu azab buat aku.
Ketika berada disekolah yang mempunyai pelajar daripada lain agamanya, hmmm. waktu rehat itulah adalah dugaan dan ujian terbesar buat aku. Ada suatu ketika mulut ini secara automatiknya bertanya "Sedap tak makanan tu?!". Tsk Tsk


10. Kerap memberus gigi.
Dengan harapan agak terminum air.. lantaklah air paip pun air paiplah. Erk! Jahat sungguh zaman kanak-kanak aku ni.


Dah besar ni, semua kena tanggung sendiri. Kesihatan juga kenalah jaga.

Untuk juadah yang terbaik waktu berbuka


Mestilah kurma. Bagi aku, depends. Ada yang menepati citarasa lidah ni, ada juga yang kurenggg.

untuk dapatkan tips kesihatan ketika berpuasa, sila klik Tips-tips untuk mejaga kesihatan ketika berpuasa.

PERKARA PENTING!!!

Makan dan minum yang cukup, sekitar 8-10 gelas sehari, Minum air di sini tidak selalu berarti air putih semata, tetapi minum teh, susu, jus buah, koktil buah, bahkan kuah sayur juga termasuk dalam jumlah air yang kita konsumsi.


Rindu nak berbuka puasa beramai-ramai dengan ahli keluarga. Semuanya. Tahun ini dah bertambah ramai lagi la ahli keluarga yang berbuka puasa bersama-sama. Minta-minta sempatlah nak berbuka dengan family, dekat shah alam pun jadilah.

p/s : sudah hampir 4 atau 5 tahun tidak berbuka di Kota Kinabalu, Sabah. Rindu suasana di sana.

Sebarang cerita ingin dibocorkan lagi? Jom tweet!

Wants my updates?



1 comment:

  1. Zaman budak-budak ni, memang nakal memanjang..hehe

    Btw, nice entry u have! :)

    ReplyDelete