Perkara yang ditakuti oleh setiap pasangan

Thursday, August 11, 2011 Pojiegraphy Journal 2 Comments

Saja nak bagitau, entri ini ditulis pada pukul 6.09 am.
Tak kisah? Tak apa saja nak bagitau.


Mengapa wujudnya CURANG dalam sesetengah (hampir semua) hubungan?

Assalamualaikum semua. Sementara diri ini terasa agak tenang dan juga segar, agaknya ada baik aku menulis sesuatu yang mungkin ada inputnya. Kepada yang masih belum pernah bercinta, mungkin entri ini juga berguna untuk korang (Senang nak alert nanti). Kepada yang tengah atau baru putus cinta, apa salahnya imbas apa yang bakal aku tulis ni.

Orang bercinta, orang tengah hangat berkenalan antara perkara yang paling mereka geruni ialah ... berlakunya CURANG dalam setiap perhubungan yang bakal mereka jalankan. Seperti yang semuanya sedia maklum, CURANG merupakan racun terbesar dalam setiap hubungan. Bercinta, Bertunang mahupun Berkahwin. Agak-agak siapalah pesalahnya kan? Agak-agak benda apa la yang menjadi punca kan? Jom kita tengok dan reveal satu persatu.

Kecurangan. Tentunya perkataan tersebut sudah mampu ‘mengoncang’ dan menggugat kebahagiaan perkahwinan yang telah anda mula bina bersama insan tercinta anda. Betul tak?

Untuk yang telah selamat membina 'masjid', jangan anggap curang tidak akan berlaku dalam 'masjid' yang telah korang bina tu. Perkara pertama yang menjadi faktor kecurangan ialah salah seorang itu tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik/sempurna. Sebagai contoh, pasangan suami isteri. Sama ada si suami atau si isteri tidak mampu memberi segala yang pasangan mereka nak sebagai contoh nafkah batin dan sebagainya. Bagi pasangan yang masih hangat bercinta, sudah tentulah kekurangan pada diri seperti contoh harta dan sebagainya.

Yang kedua, CURANG juga boleh berlaku apabila salah seorang daripada mereka sudah mula terasa bosan untuk meneruskan hubungan tersebut namun dalam hati rasa sangat bersalah untuk memutuskan hubungan tersebut setelah hampi 2 atau 3 tahun telah 'bersusah dan senang' bersama. Perkara ini memang banyak berlaku, demi memuaskan rasa diri sendiri itu tanpa merosakkan apa yang telah diorang miliki itu dengan sia-sia sahaja, berlaku CURANG lah cara yang paling tepat untuk mereka.

Yang ketiga, Layan Melayan. Antara salah seorang daripada pasangan tersebut adalah seorang yang mempunyai paras rupa, terkenal dan sebagainya dan ... sudah tentulah dia punya ramai peminat. Ramai yang menunggu sebagai waiting lists untuk mendapatkan si dia. Dengan tidak sedar, layan melayan orang lain sehingga akhirnya mendorong diri seseorang itu untuk berlaku CURANG. Namun! Perkara ini boleh dielakkan oleh diri sendiri jika seseorang itu tahu batas dan garisan untuk berkenalan dengan orang bak kata seseorang itu "Tak payah nak gedik sangat. Layan sikit-sikit dah la, Jangan nak lebih-lebih."

Keempat, Kurangnya pemeberian penghargaan kepada kekasih/isteri atau suami anda juga boleh mendorong kepada gejala CURANG oleh pasangan anda/mereka. Menjadi lumrah untuk setiap insan diberi penghargaan setelah banyak berkorban dan bersusah-payah. Anda perlu ringan-ringankan mulut untuk mengucapkan paling kurang pun ‘terima kasih’ kepada pasangan anda jika dia memberi pertolongan kepada anda. Pasangan yang kurang mendapat penghargaan akan mula mencari teman-teman (yang berlainan jantina) lain di luar yang lebih memahami dan menghargai mereka. Bukan susah pun dengan ucapan 'Terima Kasih', simple saja.

Bagi yang telah mendirikan rumahtangga dan sah bergelar suami isteri, Ketidakpuasan dalam seks menjadi punca ke 6 dalam entri kali ini. Dengar pasal seks? Jangan berhenti membaca yang adik-adik, ini juga penting agar korang boleh menjaga anggota sulit korang dengan baiknya untuk masa akan datang, akan tiba nanti. Ini memang kes berat. Kita tak tahu samada pasangan kita benar-benar puas atau tida dalam hubungan intim. Anda kena tanya pasangan anda secara jujur dan telus. Anda juga boleh perhatikan dari segi perubahan sikapnya. Jika dia semakin ‘dingin’ dan kurang berminat untuk melakukan hubungan intim bersama anda, memang ada kebarangkalian dia ‘makan luar’. Bukan makan dekat luar lepak-lepak dengan rakan-rakan yer, harap korang dapat faham.

Yang paling ketara pada zaman teknologi yang semakin canggih-'manggih' ni ialah sudah tentulah LAMAN SOSIAL! Highlight la punca yang terakhir ini, ini memang penting. Since zaman sekarang ni teknologi terlampau canggih dengan adanya kehadiran smartphones dimana orang ramai boleh berhubung dengan ramai orang pada setiap masa, dimana juga. Dalam bilik, dalam ofis, dalam kelas, dalam toilet pun boleh jadi! Apa yang cuba aku sampaikan ialah, CURANG itu kini berada dalam genggaman setiap orang, sudah sedia ada. Cuma tinggal waktu untuk mereka guna saja.


“Masyarakat hanya memandang lelaki saja yang sering berlaku curang, tetapi boleh saya katakan di sini, wanita juga tidak terlepas untuk melakukan perkara sama terutama dengan adanya teknologi seperti laman sembang”


“MEMANG mulanya kita akan berasa marah dan sedih. Tetapi, perlulah berfikir secara realistik dan pastikan apa yang berlaku sebenarnya. Biar ia terjadi di depan mata untuk benar-benar kita saksikan pada mata dan kepala sendiri. Perkara ini saya pernah alami tetapi saya jadikan ia sebagai pengajaran"

Apa tindakan yang patut korang ambil untuk menangani perkara di atas?
Apa tanda-tanda berlakunya perkara di atas?

Nantikan entri seterusnya, kita bakal mendedahkan satu persatu.

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Adakah anda salah satu daripada mereka yang berlaku CURANG?


2 comments:

  1. ohhh...betul betul..
    ada gak pompuan yang curang..jgn ckp laki je..nie asyik2 salahkan laki..ingat pompuan tu perfect sgt ke..haha

    ReplyDelete