Dimanakah anda, sebagai seorang blogger?

Monday, August 08, 2011 Pojiegraphy Journal 10 Comments




Berbalik kepada entri yang sebelum ini, aku bercerita tentang tujuan dan juga matlamat blog aku ni dipublish. Blog ni juga ada sebabnya kenapa aku buat. Sebelum itu, entri ini bukanlah untuk menjawab segala sindiran atau kutukan daripada 'pihak yang mulia' setelah banyak memberi kutukan/sindiran terhadap blog yang lebih banyak menulis tentang hal penulisnya berbanding dengan hal orang lain (tepi kain orang lain).

Untuk tidak banyak berbicara, seperti yang aku janjikan untuk mereveal kategori-kategori anda sebagai seorang blogger.

1. Blog Personal.
Blog personal ini dianggap sebagai diari seseorang itu. Diari yang bukanlah bercerita tentang perkara-perkara personal seseorang itu, tapi bercerita tentang perkara-perkara yang sedang si penulis jalani. sedang mereka rasa dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, bagi blog ini. Jumlah pengikut/pembacanya adalah kurang since entri-entri mereka hanyalah bersangkut paut kepada sipenulis sahaja yang mungkin pembaca-pembaca lain akan beranggapan bahawa cerita-ceritanya tiada kaitan dengan mereka.

2. Blog Tutorial.
Seperti yang anda lihat, nama kategori blog pun dah boleh tahu kan? Blog jenis ini lebih menulis/memaparkan cara-cara, teknik-teknik perkara. Sebagai contoh, Tutorial membina blog dan sebagainya. Yang pasti, jumlah pengunjung dan pembacanya berlipat-lipat kali ganda since blog ini adalah sangat berguna untuk setiap pembaca.

3. Blog Fashion.
Jangan terkejut jika anda melihat blog-blog bagi kategori ini agak simple. Hanya dihiasi dengan cerita yang ringkas dan tidak lupa koleksi-koleksi gambar yang gempak. Blog Fashion lebih kepada bercerita tentang fashion. Trend terkini dan sebagainya. Jumlah pelawat/pembaca adalah bergantung dengan ceritanya. Jika cerita tentang Fashion Lelaki, maka lelakilah menjadi majoriti untuk mengikut blog tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Bosan dengan banyak tulisan? Tunggu.. ada lagi.

4. Blogshop.
Blog inilah menjadi blog kegemaran ramai remaja perempuan zaman sekarang. Blog ini memaparkan fashion-fashion ataupun aksesori yang trendy untuk remaja zaman sekarang sekali gus menjalankan Online Business. Jumlah pengunjung/pembaca juga not bad. Tidak perlu menarik perhatian orang ramai untuk mengujung blog mereka.


5. Entertainment Blog.
Blog yang jenis ini menjadi blog kegemaran akak-akak office, dan makcik-makcik. Blog ini banyak menulis tentang gossip-gossip dunia hiburan. Banyak menimbulkan tanda tanya, dan suspen serta sebagainya. Terkejut atau tidak, blog ini menjadi blog kegemaran orang ramai, tambahan blog ini termasuk dalam list 'Favorite'. Buka saja Google Chrome, haa dah terpampang link dan gambar website tersebut depan mata. Tapi, tidak lupa juga. Kepada pemilik blog ini, jangan terkejut jika anda punya ramai musuh.

Agak-agak, anda berada dalam kategori yang mana?

Macam-macam lagi jenis blog yang boleh anda melawat kerana dunia blogging ini adalah sangat-sangat luas since untuk mendapatkan blog adalah sangat mudah semudah anda sign up Facebook. Bercakap tentang musuh ataupun bunyi lebih sedap, orang yang kurang suka/berminat/punya rasa dengki/benci. Kita tidak sedar bahawa kita mempunyai musuh, sampai suatu saat ada kritikan dan makian yang dilemparkan kepada kita. Percayalah, sampai saat itu anda akan bercakap dalam hati

"Selama aku menulis ni, ada juga orang yang kurang senang/benci dekat aku. Apa saja yang aku tulis dalam blog aku eh?".

Kadangkala ada juga blogger yang sengaja menulis sesuatu tentang hal kepunyaan orang lain. Mengaibkan orang lain semata-mata untuk meningkatkan trafik blog mereka dan sekali gus menarik pengujung dan sebagainya. Sekali lagi, tolong highlight yang ini. Aku menulis blog bukan untuk mencari FOLLOWER/TUKANG KOMEN setiap entri, tapi aku cari orang yang MEMBACA blog aku. Tidak apa sekadar membaca walaupun tidak FOLLOW. Cukup korang baca cerita aku pun aku dah cukup puas hati. Kepada yang belum memperbetulkan niat mereka berblogging, silalah perbetulkan kerana ini adalah berkait rapat dengan kualiti penulisan dan pemaparan blog anda.


"Saya juga ada blog. Saya tidak menjadi orang lain ketika menulis blog, kadangkala blog lagi lebih mengenali diri saya berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Selagi saya yakin saya betul, saya tidak akan berhenti untuk menulis. Tiada siapa yang mempunyai hak untuk memberhentikan saya, kerana ini adalah blog milik saya. Berdaftar atas nama saya."


ps/ Jangan ingat orang yang baik sebaik-baiknya tiada musuh/orang benci ya.


10 comments:

  1. Salam,
    macam blog aku more to personal xtvt. aku tak kisah tak ramai follower sebab aku tau orang tak suka baca cerita orang lain.

    ReplyDelete
  2. aku punyer campur campur..ikut mood and bahan..agk2 da bhn mcm best jek nk share ak share ler kt blog kalo x ak citer psl life ak sdr...

    ReplyDelete
  3. Nice!!

    Kalau ikut ckp org kita xkan kemana.

    ReplyDelete
  4. blog personal :) mmg tulis utk kawan2 rapat saje..

    ReplyDelete
  5. blog personal!yeahhh!thats me!!ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Aq p0n Mcm Xde Kategori je..
    Sbb Aq ni Mcm toturial p0n ade..Hahaha..f0ll0wer Hampeh...Peace..

    ReplyDelete
  7. aku kategori blog suke suki..hehehe

    ReplyDelete
  8. blog yg macam2 ada lg best, tp xske sgt bc blog org citer pasal diri sndiri jex.. nk jugak tau pkmbgn dunia lain kan.. skali skala ok kot kalau nk kongsikan sesuatu yg bfaedah.. :)

    ReplyDelete
  9. blog aku...hmmm...personal kot.kot jela..nak g blog aku dan gtau blog aku jenis apa..huhuhu

    ReplyDelete