Sedar atau tidak, sepanjang kita menulis blog, mempublish gambar, membuat cerita ... dalam diam, musuh kita bertambah. Apa faktornya? Ada sebab-sebab tertentu.

Dengan ini juga, aku ingin mengisytiharkan bahawa blog aku ini bukanlah platform untuk mencaci, menyampaikan cerita-cerita yang belum tentu ada betulnya, mengaibkan masalah orang dan sebagainya. Blog aku merupakan suatu diari yang banyak menceritakan tentang aktiviti-aktiviti aku. Apa yang aku rasa, apa yang aku tengah buat, apa yang telah aku buat, apa yang aku lihat dan sebagainya. Lebih senang dan ringkas, blog aku ini ialah blog personal yang banyak berkongsi pasal si penulis dan tidak lupa juga aku berkongsi tentang apa-apa yang aku pelajari dan apa yang aku rasa, mungkin betul dan mungkin juga ada kurang tepatnya.

Untuk pengetahuan para pembaca yang masih lagi berjinak-jinak dalam dunia blogging ini, dalam dunia ni, terdapat beberapa kategori khas untuk blogger. Banyak jenis bentuk dan warna yang berada dan berkongsi dibawah satu nama, iaitu BLOGGER.

Nak tahu anda di kategori yang mana satu? Nantikan entri seterusnya.

Jangan lupa untuk follow dekat Twitter!

Wants my updates?




To be continued....