Beramal di bulan Mulia

Saturday, August 13, 2011 Pojiegraphy Journal 2 Comments



Assalamualaikum to all readers! Hope korang sihat sejahtera dan yang paling penting, enjoy weekend korang semua. Untuk entri kali ini, aku nak share something dekat korang semua. Hopefully ada la mesej yang berjaya aku sampaikan bila korang baca entri ini sehingga habis. InsyaAllah. InsyaAllah.

Orang kata "Beramal di bulan mulia ni dengan hati yang ikhlas, sudah tentu pahalanya berlipat-lipat kali ganda" Muda-mudaan betullah apa yang orang kata tu. Sejuk hati mak dan ayah bila dengar anak mereka beramal. (ayat agak poyo dan geli-geli) Takpe, aku cuba untuk dapatkan mood dan feel untuk tulis entri kali ini.

Pada 13 Ogos 2011 bersamaan dengan hari sabtu, department of Photography daripada UiTM Alor Gajah, Melaka telah mengikuti program khidmat masyarakat di Kg Sungai Siput, Melaka.
Program tersebut disertai oleh dalam lingkungan 100 lebih ahli termasuk pelajar dan pensyarah daripada UiTM Alor Gajah. Sebelum itu, aku nak juga bercerita serba sedikit. Dalam sepanjang kehidupan aku ni, aku tak pernah buat aktiviti-aktiviti macam ni. Selalu dapat tengok je. Perasaan ketika melakukan aktiviti amal ni agak lain sikit, terasa sangat penat memang sudah pasti la.

Semua ahli bergerak daripada kampus dalam pukul 3pm, dan perjalanan mengambil kira-kira dalam setengah jam. Alhamdulillah, ketibaan disambut dengan agak mesra daripada penduduk kampung.

Untuk tidak bercerita lebih lagi, program tersebut dimulakan dengan bacaan doa.


dan seterusnya, mengambil gambar beramai-ramai. Bersama dengan penduduk kampung.


Bersama dengan ketua kelas yang bajet cool susah nak tersenyum dan gelak, Syiz!




Nak tengok hasil gambar beramai-ramai tu? Nanti, tunggu sampai anda tiba di penghujung entri ini.













Dalam 1 kumpulan pelajar-pelajar fotografi ni, kitaorang dibahagikan kepada 6 kumpulan dan yang pastinya setiap kumpulan mempunyai tugasan sendiri dan tugasan yang diberikan kepada kumpulan aku ialah untuk ...



membersihkan Tanah Perkuburan Batu Alang.
Terus terang, ini merupakan kali pertama aku membersihkan tanah perkuburan 'saudara-saudara' aku. Perasaan tu agak berlainan sikit, tetapi tetap lega dapat tolong untuk membersihkan 'rumah' orang lain. Alhamdulillah, minta-mintalah pahala yang aku dapat berlipat-lipat kali ganda.





Scene dimana aku tengah sibuk mencabut rumput-rumput.






Zul, Maula, Alap tengah mengecat batu nisan.





K.E and aku tengah mengecat batu nisan.




Agak-agak kalau korang la, apa perasaan bila dapat membersihkan dan memperbetulkan 'rumah' orang lain? Which is saudara seIslam dengan korang, its just korang tak kenal. Apa yang anda dapat rasakan?






Alhamdulillah, Alhamdulillah dapat juga aku rasakan kepenatan membuat kerja amal ketika dibulan Ramadhan ini, bulan mulia.






Dalam pada masa itu, sempat juga aku mempromote dan mengshow off baju department.
#ThisSoRandom





Selesai dengan kerja-kerja amal. Semua pun bersiap sedia untuk berbuka puasa di Masjid Al-Rabbani. Selesai mandi dan bersihkan diri, semuanya berkumpul di masjid. Makanan yang disediakan sepanjang waktu berbuka, makan dan minum malam not so bad. Alhamdullilah.



Selesai dengan berbuka puasa, kitaorang solat Maghrib beramai-ramai dan selepas solat maghrib, ada lagi makan malam and sekali lagi aku tidak dapat mengawal nafsu makan tu kerana makanan yang disediakan memang sedap. Malang sungguh nasib kerana berabis makan ketika berbuka puasa tadi. Selesai dengan makan malam, tiba masanya untuk solat terawih.






Bersama dengan budak-budak daripada Kampung Sungai Siput.
And and they were so much kind, they know how to respect people and must to know, they are soft spoken.



Majlis diakhiri dengan ucapan daripada wakil Kampung




dan juga penyampaian cendera hati kepada penduduk kampung.



Sepanjang majlis tersebut berjalan, ada beberapa perkara yang sempat aku belajar dan pelajari :

1. Hidup tolong-menolong antara satu sama lain adalah sangat penting. Untuk jadi maju, jauhkanlah sifat mementingkan diri sendiri.

2. Lebih kuat untuk menjalani hidup susah. Kita perlulah tahu, tidak semestinya kita akan senang selama-lamanya. Dalam sekelip mata, Dia boleh cabut semua kesenangan tersebut.

3. Membiasakan diri ketika berada ditempat orang. Cara kita bercakap, cara kita berjalan dan sebagainya adalah tidak sama dengan cara-cara ketika kita berada ditempat sendiri. Oleh itu, pandai-pandailah bawa diri ketika di tempat orang lain.


Inilah hasil gambar yang aku sibuk katakan diatas tadi. Ramaikan yang join?
Alhamdulillah, Alhamdulillah! Syukur dan moga-moga pahala aku berlipat kali ganda. Amin..


Wait, you can watch this video please!





p/s : Event yang bermakna so far dianjurkan oleh Department Photography.
Dengan perkara seperti ini juga,
aku dapat lupakan segala masalah aku buat sementara waktu.


2 comments:

  1. gempak bro korang nye program

    hurmm siap bersihkan kubur agy
    bagus betul
    gambar pon cantik2////kelas la

    ReplyDelete