Fenomenah Besaq Smartphones!

Wednesday, July 27, 2011 Pojiegraphy Journal 1 Comments

Apa kena dengan entri kali ini? Fenomenah besaq?




Fuuuuuuuuhyoh! Besaq tuuuuh. Sudah pasti, bukanlah fenomena aku jadi seorang artis yang beribu-ribu peminatnya, bukan juga aku sudah menjadi jutawan pada usia 19 tahun dan bukan aku aku telah berkahwin empat. Laaa, bukanlah derr. Elemen apa yang cuba untuk menarik perhatian aku untuk menulis entri kali ini dan juga insyaAllah bakal menarik perhatian para pembaca untuk membaca entri ini ialah....ialah....ialah... TELEFON BIMBIT! Haaa, ini yang cuba aku sampaikan bagi entri kali ini. Sebelum tu cubalah korang renung sekiling korang buat sementara waktu atau cubalah korang bayangkan apa yang korang selalu saja nampak dekat sekeliling korang, hampir setiap hari.

Jom kita tengok apa beza/fenomena yang bakal kita alami apabila menjadi seorang pengguna Smartphones. Juga, apa kesannya terhadap rakan-rakan dan begitu juga sebaliknya, Kita mempunyai rakan-rakan yang memiliki smartphones. Sebelum itu, contoh-contoh smartphones merupakan iPhone, Blackberry, dan banyak lagi. Dah, tak sabar nak reveal ni. Jom Jom.

Kesan #1 : Jangankan tidak, bila kita dah bertukar menjadi pengguna smartphone ni apa yang akan menjadi teman serapat-rapatnya ialah bukan siapa-siapa melainkan handphone tersebut. Sampaikan kena tengking dengan mak "Haai, kau ni tak habis-habis dengan telefon bimbit tu.. 24jam!". Dah jadi pengguna smartphone kot, mestilah taknak lepas. Kalau boleh 24jam mesti nak bersama. Ada berani? Cuba cek diri korang sendiri (bagi yang telah mengguna smartphone) dan bagi yang belum lagi, cuba cek rakan-rakan korang.

Kesan #2 : Waktu makan, mandi dan tengok tv yang tidak menentu. Fuh, besar sungguh fenomena ni sampai boleh ubah rutin korang yang dulunya selalu makan tepat pada waktunya, yang selalu mandi sebelum tiba waktunya dan selalu berada di depan tv sebelum waktu rancangan. Hebat betul kan? Bila dah ada smartphone ni, sudah tentulah kita boleh bersambung dengan Internet dan itulah punca utama mengapa masa kita tidak terurus. Alamak, terlupa pulak bahawa malam semalam aku sepatutnya ada dating? Erk!

Kesan #3 : Ingat-ingat balik bab yang aku terlupa bahawa aku sebenarnya ada date semalam. Haaa, juga telah menjadikan kita seorang yang pelupa lupa pasal apa? Lupa pasal awek/pakwe lu tengah tunggu dekat meja gerai maimunah la derr! Dashyat sungguh fenomena ni.

Kesan #4 : Menjadi jurang jarak dengan rakan-rakan. Selepas ambil waktu kita, 'dia' halau kekasih kita, selepas kekasih, 'dia' halau kawan-kawan kita. Itulah hakikat yang korang terpaksa terima. Mana-mana saja fenomena ni boleh jadi tidak kira sewaktu konsert, sewaktu perlawanan bola sepak, sewaktu melepak minum teh tarik di gerai mamak dan macam-macam lagi. Budak-budak lain sibuk dok bersembang-sembang, haa yang hang ni sibuk dok dengan smartphone hang tu... Manalah tidak member-member nak sentap.

Kesan #5 : Macam-macam trend yang bakal menjadi tabiat korang. Sebagai contoh, mengambil gambar makanan sebelum memulakan sesi melahap tu. Selepas mendapat gambar bersudut terbaik, korang bakal menghantar gambar tersebut kedalam mana-mana laman sosial korang sebagai contoh terbesar, Twitter. Ada lagi? Ada saja benda yang korang rasa menarik dan teringin nak tunjuk dekat orang ramai, korang akan snap gambar tersebut menggunakan sudah tentulah kamera smartphones korang tu dan straight away upload. Mudahkan? Dalam tidak sedar ianya sudah menjadi satu tabiat yang memang dah sebati dalam badan korang dan juga ... aku.

Kesan #6 : Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan adalah semakin berkurang. Sedar atau tidak sejak menggunakan smartphone ni, aku dah memang jarang menggunakan SMS atau membuat panggilan ke mana-mana tempat (kecuali untuk hal penting). Sungguh jarang sekali, yelah. Dah boleh akses internet, ada baiknya menggunakan khidmat tersebut daripada membazir untuk menghantar sms/banyak kali membuat panggilan telefon. Sebagai pengguna BlackBerry, aku akui bahawa kadangkala aku menulis sms tu kadangkala 1 ayat untuk 1 sms. Bagi pengguna BlackBerry yang aktif berBBM, korang pasti faham apa yang aku cuba sampaikan.

Kesan #7 : Sering mendengar/diejek rakan-rakan "Untunglah dah guna Blackberry(bb), iPhone, Android and etc". Wajib wajib wei! Wajib untuk orang dengar dan juga sebut lagi-lagi kepada orang yang baru sahaja bertukar menjadi pengguna smartphone. Tak percaya? Mai la angkut Blackberry sebijik!

Nak tengok senario bagi fenomena ni?


Tengoklah, photographer terpaksa berhadapan dengan masalah macam ni jika model-modelnya sibuk dengan telefon mereka. Macam mana photographer nak maju kalau macam ni la gamaknya? Oh tidak.

dan yang menjadi mangsanya sudah tentulah mereka yang masih lagi setia dan taat kepada telefon bimbit biasa. Besaq sungguh fenomenah Smartphones ni kan? Pheeeewww!



Jangan lupa untuk dapatkan updates dari aku melalui twitter.
Klik link di bawah ini :)

Wants my updates?

1 comment:

  1. saya ske blackberry! tp x dpt2 lg..heee ;p,btw photographer ea? cantik la pic2 yg awk snap. :) entry baru pasal hijabitas yg femes: maria elena,The Scarflets dan hijabistas2 di malaysia :) snggah la klu sudi.

    ReplyDelete