Do's and Don't for Outdoor Shooting

Thursday, July 21, 2011 Pojiegraphy Journal 3 Comments

Salam sejahtera para pembaca. Salam jumaat kepada semua dan selamat hari terakhir bagi mereka yang bekerja dan bersekolah bagi minggu ini. Today am gonna write something that's still related to Photography. Hope korang janganlah labelkan blog ini sebagai Blog Photography ya. Sebab segala tips/perkara yg berkaitan dengan fotografi tu aku tulis bukan berdasarkan mana-mana website/buku fotografi, itunya datang daripada idea aku. So, risaulah sama ada idea aku tu tak betul. Its just something yang aku nak share dengan korang, tak salah kan? Untuk entri kali ini aku bakal menulis tentang Perkara yang perlu korang buat dan tidak buat ketika ingin/sedang buat 'Outdoor Shooting'. Bersedia? Jom, tak perlu ambil kertas dan pen untuk tulis. Korang sentiasa boleh dan dialu-alukan untuk baca entri ini.

Sebelum tu, jom buat sedikit ringkasan tentang apa yang sedang berlaku. Kebanyakkannya orang lebih gemar membuat shooting outdoor dengan cara mereka tersendiri. Ulasan lebih lanjut? Korang boleh lihat di sekeliling korang bila korang keluar. Sebagai salah satu contoh yang sangat jelas, seseorang itu tidak mengikut peraturan/langkah ketika ingin membuat shooting outdoor such as daripada segi pemakaian mereka, dan bagaimana mereka mengurus diri mereka ketika bershooting. Okay, untuk tidak membuang masa... Jom kita selami satu persatu.


#1
Pakaian
Bagi golongan lelaki, nak pergi shooting tu janganlah formal sangat. Rasanya pemakaian kameja itu adalah sangat-sangat tidak digalakkan. Ini boleh menghadkan pergerakan korang semua ketika bershooting. Seelok-eloknya pakailah baju T-shirt yang berwarna gelap agar tidaklah begitu kelihatan jika anda berpeluh. Bagi seluar, adalah lebih baik untuk ada pakai jeans. Bagi golongan perempuan, pemakaian baju kurung adalah sangat-sangat tidak sesuai. Yang terbaik untuk mereka ialah pakailah T-Shirt yang tidak begitu jarang dan berwarna gelap (mengelakkan perkara yang kurang senonoh berlaku ketika anda berpeluh). Bagi yang bertudung, seboleh-bolehnya pakailah tudung ekspress ini kerana apabila anda bershooting, anda memerlukan pergerakan yang agak banyak/pelbagai, risau saja korang terganggu apabila tudung tu dalam keadaan setting tak betul. Untuk pemakaian kasut/selipar, itu adalah mengikut keselesaan masing-masing.

#2
Aksesori
Yeah, memang susah nak nafikan bila nak keluar shooting tu memang ada saja benda yang memang perlu kita bawa. Bagi yang memang betul-betul aktif dalam bidang fotografi, mesti pelbagai benda yang diorang nak bawak e.g : Battery grip, Lens, Speedlite dan sebagainya. Korang mestilah bijak untuk mengurus/menyimpan aksesori tersebut ditempat yang selamat (anggota badan). Haaa, adalah disarankan untuk ada tidak menggunakan beg DSLR terutamanya beg silang tu. Ini dikhuatiri boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti rompak dan sebagainya. Pakailah beg yang seboleh-bolehnya orang luar tak tahu barang-barang dalam beg itu bukanlah alatan kamera dan sebagainya. Ingat, safety first!

#3
Rakan
Haaa, yang ni pun penting juga. Tak semestinya pergi shooting, kita perlulah berseorangan. Orang ramai kata bershooting seorang-seorang ni boleh dapat inspirasi lebih tanpa sebarang gangguan. Hmmmm, ada betulnya juga. Tapi.... keselematan itu lebih penting. Apa kata anda pergilah bershooting tu secara berkumpulan (kumpulan tu bukan 10 sampai 20 orang) mungkin ajaklah 2 atau 3 orang kawan. Bukan apa, korang kalau nak bershooting dekat luar ni bukan korang boleh predict apa yang akan jadi kan? So, baiklah kita "Sediakan Payung sebelum hujan". Baiklah kita mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu. Terutamanya kepada golongan perempuan macam-macam boleh terjadi dik oi.

#4
Makanan/Minuman
Ini juga sangat penting untuk korang. Dah tau shooting luar tu tentu-tentunya dalam keadaan mungkin panas/hujan... so apa yang korang perlu ialah makanan/minuman (yang ringan pun jadilah). Sambil bershooting korang boleh take 5 untuk rehat minum and makan (Air Mineral/Roti) Jangan pergi kedai mamak atau mana-mana restoran kerana ianya bakal jadi dari TAKE 5 terus ke TAKE 30 haaa, kan dah buang masa dekat situ.

#5
Ekstra
Apa yang ekstra tu? Macam-macamlah. T-shirt, tundung, selipar/kasut, tuala kecil dan sebagainya. Nak pergi shooting kita tak dapat nak ramal apa-apakan? Yang kita boleh buat cumalah berharap agar semuanya dalam keadaan OK saja. So apa salahnya korang bawa la sebagai cover untuk korang.

#6
Sikap/Adab
Mungkin point yang ini agak sensitif, tapi aku terpaksa untuk menulis. Ketika shooting tu, sudah tentu korang berada ditempat orang kan? So, korang kenalah jaga adab dan disiplin korang. Jika nak shoot gambar seseorang itu, adalah lebih baik untuk ada meminta izin dahulu. Jangan macam aku ni haa, tak pasal-pasal kena maki hamun orang sebab sembarangan shoot gambar diorang.

#7
Persediaan Mental dan Fizikal
Macam-macam dugaan yang korang bakal hadapi ketika shooting outdoor ni. Yang penting, korang kenalah bersedia. Kena kejar anjing/lembu/kerbau. Terjatuh dekat mana-mana longkang ke. Itulah cabaran yang korang akan hadapi.

Akhir sekali, #8 PLAN
Jangan lupa untuk plan perjalanan korang. Plan tempat-tempat yang korang nak buat shooting tu. Jangan dah sampai sesuatu tempat tu baru nak terhegeh-hegeh cari subjek. Adalah lebih baik untuk korang buat sketch tentang apa yang korang bakal shooting (itupun kalau rajinlah).


Moga-moga dengan entri ini, ada juga membawa perubahan kepada korang dari segi performance ketika buat shooting outdoor. Lagi bertambah baik jika korang tatap gambar diatas. Erk! (Lawak Seram). Apa-apa pun, Good Luck!

Jangan lupa untuk follow dekat Twitter!
Klik saja link bawah ni

Wants my updates?

Pojiegraphy on Twitter!

3 comments:

  1. nice man...tp gambar 2 mang ngeri pon..hahaha
    maaf bah..haha

    ReplyDelete