Unduk Ngadau

Monday, May 16, 2011 Pojiegraphy Journal 1 Comments

Hello Readers! We are in the middle of May.
Whats hot? Whats good?
Before that, i am wishing you guys always in a good conditions and very fine.
Bercerita pasal bulan Mei di negeri Sabah iaitu negeri dibawah bayu. Haaa, ada satu benda nak share dengan korang ni.
Baru baru ni, aku attend one of the events somewhere dekat my place. Sambutan hari kaamatan bagi daerah Penampang.



Before tu, mari dekat dekat rapat rapat. Nak bercerita serba sedikit tentang cerita di sebalik pesta Kaamatan ini. Maaf jika ada sebarang salah faham atau fakta. Otak ini masih lagi cuba untuk mengimbau kembali zaman zaman dulu pengetahuan tentang kaamatan ini. Padi merupakan simbol utama kepada perayaan ini. Ia juga diraikan sempena dengan "Bambazon" iaitu semangat padi. Antara perkara yang penting ketika perayaan ini ialah Tarian Sumazau dan juga pertandingan pukulan gong.




Perasmian dilakukan oleh YB.



Pukulan Gong menjadi tanda perasmian

Nak tengok tarian sumazau itu macam mana? Ini adalah gambaran yang sempat aku tangkap pada waktu itu. Well, nothing much. Tarian ini terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional seperti yang korang boleh tengok. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.



Aktiviti memukul gong



Tarian sumazau yang terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun

Selain itu, ada bermacam macam lagi pertandingan yang diadakan. Pertandingan menyanyi (Sugandoi), pertandingan bina badan dan juga pertandingan ratu cantik ( Unduk Ngadau). Kebiasaannya, Pertandingan Unduk Ngadaulah menjadi tumpuan utama masyarakat di sekitar Sabah ini. Sebab apa? Dapat tengok awek awek cunlah! :D

Gambar dibawah ialah seorang budak berumur 10 tahun menyampaikan satu cerita donggeng dengan bahasa Kadazan Dusun, 5 / 100 aku faham.



Before tu, aku nak bercerita sedikit tentang sejarah atau cerita disebalik perkataan MAGAVAU. Menurut cerita lisan. Kinoingan yang dianggap sebagai Tuhan pada waktu dahulu dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Pada waktu tersebut, masyarakat kadazan dusun kebuluran dan dalam keadaan tidak selamat kerana mereka tidak mempunyai makanan yang cukup. Dengan itu, Huminodun terpaksa dikorbankan demi masyarakat kadazan dusun. Mengikut kepercayaan mereka, Huminodun di bunuh dan dikubur mengikut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan padi, dengan ini wujudlah kepercayaan bahawa padi mempunyai semangat. Dengan itu juga, adanya sambutan pesta menuai (Kaamatan) bagi memperingati jasa Kinoingan kerana telah mengorbankan anaknya demi masyarakat kadazan dusun.



Babak drama kaamatan



perempuan yang tengah duduk tu simbol kepada masyarakat Kadazan Dusun dalam kesusahan pada waktu dahulu



Perempuan yang berdiri tu menjadi sebagai Huminodun yang terpaksa dikorbankan demi masyarakat Kadazan Dusun



Huminodun selepas dikorbankan

Kebiasaannya, pertandingan-pertandingan akan dibuat antara kampung-kampung untuk mewakili satu daerah itu. Dan wakil daerah akan bertanding dengan daerah daerah lain seperti daerah Ranau, Papar dan sebagainya. Tapi malangnya, itu akan dibuat pada akhir bulan Mei which is aku dah lama mendarat dekat Semenanjung Malaysia. Terlepas lagilah nampaknya, ermmph.


Nak tengok apa jadi time tu? Here's some of the photos during the event. Enjoy!




Judges are ready? Where is the Contestants?



Tadaaaa, inilah barisan Unduk Ngadau ( Ratu Cantik )



Peringatan, mereka bukanlah tengah menyanyi. Mereka memperkenalkan diri mereka. Dengan menggunakan bahasa Kadazan Dusun. Penilaian adalah berdasarkan cara mereka menyampaikan ucapan dan juga penggunaan bahasa yang baik, serta lenggok badan yang mantop. Ops!



Sesi ini adalah bertujuan untuk memberikan para juri untuk melihat para peserta dengan lebih teliti. Cara mereka berjalan, senyum dan sebagainya. By the way, bagi ini. Peserta bukanlah berjalan catwalk seperti ala ala supermodel. Mereka berjalan dengan cara tersendiri, lenggok tersendiri. Nak tau? Datanglah Sabah tengok :)

Antara gambar-gambar para peserta,















Dah, puas cuci mata? Pergi lap mata tu cepat. hehehe.



Ini yang membuatkan Sabah sangat special pada Bulan Mei setiap tahun. Nak tengok lagi? Datang Sabah pada bulan 5. Sure best, banyak aktiviti yang dijalankan. Upacara penutupan yang melibatkan semua daerah di Sabah akan diadakan di Dewan KDCA, Kota Kinabalu pada 31 Mei :)

Thats all. Hope you guys will enjoy and get something new from this entry all the from Kota Kinabalu, Sabah :)

Also, wishing ' HAPPY TEACHER'S DAY ' to all the great and wonderful teachers out there! :]

Im signing off now, see you guys soon.

Regards, Pojiegraphy.

1 comment:

  1. aww... teringiin nk gi sabah lg. sabah is indeed a beautiful place to go. :)

    ReplyDelete