Hidup tidak sempurna tanpa CAHAYA!

Friday, January 14, 2011 Pojiegraphy Journal 7 Comments

Ehem, ehem! Nak bagi korang cuci mata dulu sebelum masuk ke entri aku ini :)



H e l l o !
My fellow friends, readers, followers and also my special stalkers!
Apa khabar semuanya? Rindu laa, rindu laa. Serious aku rindu, korang tak rindu aku ke? Gluuurppp!
Aku disini? Sihat-sihat saja. Merindui kampung halamanku, rumah kakak aku dekat shah alam. Rindu nak jumpa anak buah acamimi dgn firhan, mesti diorang sudah besarkan? kan? So far, kehidupan ini semakin agak mencabar. Macam biasa, aku cuba untuk hadapi kehidupan ini dengan penuh tabah dan bersabar dan tidak akan pernah berputus asa. Semestinya, menjadi pelajar tahun kedua bukanlah seperti yang kita (part 2) bangga-banggakan seperti dulu. Ada yang cakap, "Fuyoh! Kita dah part 2 weh. Rileks sket. dah tak banyak kerja.", namun apakan daya, semuanya cumalah omong kosong/cakap kosong. Ternyata apa yang kitaorang semua harapkan bukanlah benar. Tapi tidak mengapa, masa part one aku boleh. Takkan dah masuk part 2 tak boleh kot? Bukan?! Tak apa, tambah 9 lagi pointer pun ok la. Yang penting Dean List terus. Pergh, itu yang aku nak capai untuk sem depan. Saya boleh bukan? Angguklah kepala anda cepat! Sedapkan hati saya yang tidak pernah rasa sedap pun, akulah yang berusaha sendiri nak menyedapkan hati ini. Bercakap tentang hati? Alhamdulillah, semua sudah mempunyai hati/perasaan sebagai seorang remaja yang matang, walaupun hanya sedikit. Tapi tak mengapa, yang penting ada perubahan bukan? Janganlah lagi kita terbawa-bawa perangai yang kurang baik. Nak berjaya bukan? So, pandai-pandailah korang semua mencari cahaya kejayaan ya.



Eh, bercakap tentang cahaya? Satu benda terlintas dekat kepala otak aku, LIGHTING! Hidup kita sangatlah tidak bermakna tanpa cahaya? Percaya atau tidak? Betul, jangan lagi cuba untuk menafikan fakta yang baru saja aku sampaikan. Memandangkan aku merupakan salah seorang pelajar Universiti yang mengambil bidang Art & Design dalam bidang Fotografi baru sahaja sedar bahawa fotografi adalah KOSONG tanpa sebarang pengcahayaan dalam perkataan yang lebih terkenal iaitu LIGHTING. Percaya atau tidak?
Bila ada sesi ambil gambar tidak kiralah menggunakan telefon bimbit, menggunakan kamera digital, menggunakan camera Digital Single Lens Reflex (DSLR), perkara yang paling penting untuk kita utamakan ialah kesempurnaan gambar dan rupa kita. Ini memang sudah menjadi trend. Bila nak ambil gambar mesti korang akan berkata "Eh!, jomlah amik gambar dekat sini. 'Lighting' baik punyaa!" , "eeeee... gambar aku buruk ah. 'Lighting' tak cantik!" Nampak tak betapa penyibuknya perkataan 'Lighting' itu apabila ada sesi mengambil gambar atau mengimbas kembali dengan apa gambar yang telah kita ambil. Bukan? Lagi satu, disebabkan LIGHTING juga daripada rupa seseorang itu yang kurang menarik, akan menjadi terbaik disebabkan kesan khas daripada LIGHTING itu. Adakah anda dapat serba sedikit tentang LIGHTING? Betapa pentingnya ia kepada fotografi kan?


Oh, sedar tidak sedar! Kini aku sudah masuk semester Dua. Antara subjek yang bakal aku belajar pada sem ini bagi kursus fotografi ialah STUDIO LIGHTING. Bunyi agak best bukan? Memang best dan teramat best kepada kita yang gemar membuat kerja pada jam yang ke-sebelas/last minute. Kerja untuk menyiapkan kursus bagi subjek ini agaklah mencabar dan terlampau mencabar. Baru saja masuk minggu kedua, namun kerja sudah menjadi agak rumit. Pengurusan masa itu amatlah penting, jika kamu gagal untuk mengurus masa semasa di Universiti, maka anda masih lagi belum digelar sebagai seorang Siswa/siswi secara rasminya. Kehidupan di universiti bukanlah kehidupan seperti dulu, semuanya serba teratur cuma kita perlu untuk menjalaninya sahaja. Tapi, bila sudah melangkah ke alam Universiti ini, oh tidak! Bersiap sedialah anda semua! Kawan, adakah saya banyak merapu? Silalah post dekat wall facebook saya untuk memberi cadangan ataupun teguran dengan cara penulisan aku ini. Maaf, aku bukanlah penulis blog yang berjaya. Tapi, sekurang-kurangnya aku try bukan? :)

Studio Lighting ini diajar oleh En Fakhrul@orang yang dipercayai oleh datuk. Paling dipercayailah. Mengajar kelas AD1172A? Sungguh best. Tidaklah terlampau terikat, cuma dia mengajar secara cool dan agak kelam kabut. Almaklumlah, orang kuat datuk la kata kan. Untuk task pertama bagi subjek ini, semua pelajar fotografi diarahkan untuk menjadi satu subjek(model) untuk dishoot bagi BASIC LIGHTING shoot. Tidak perlu yang cantik, tidak perlu yang handsome, tapi perlu yang jujur dan ikhlas untuk menolong budak fotografi untuk menyiapkan kerja kursus mereka. Bukankah itu kerja yang mulia. Nanti kalau kitaorang dapat Dean's List, nama korang juga akan naik. Percayalah.

Untuk pengetahuan korang semua, gambar-gambar yang telah dishoot dan dipublish dekat majalah tu bukanlah suatu benda yang sangat senang untuk dibuat. Aku baru saja merasa menjadi seorang fotografer yang telah mengshoot seorang model dalam black studio yang agak panas(walaupun ada aircond), yang agak semak samun(penuh dengan wayar dan bermacam-macam lagi). Penat, memang penat. Barulah aku faham mengapa perlunya photography studio's crew. Kerana, photographer sahaja tidak boleh menyiapkan sesuatu sesi pengambaran. Kali ini aku tidak suruh korang untuk percaya, tapi korang wajib percaya! Nasib baiklah rakan-rakan kelas aku turut turun padang untuk membantu aku untuk membuat sesi photoshoot.



TOP LIGHT SHOOT
Untuk shooting yang ini. Satu lampu stand yang agak besar gedabak akan diletak pada bahagian atas kepala model itu. Seperti gambar diatas. Ini adalah bertujuan untuk menghasilkan bayangan daripada atas. So, kita dapat melihat bayang pada bahagian mata dan hidung model itu.



45 DEGREE SHOOT
Untuk yang ini pulak, lampu/lighting akan diletak dekat sebelah model itu. Bukannya tepat-tepat dekat sebelah model (Tidak kira kanan atau kiri), ini adalah bertujuan untuk menghasilkan cahaya sedikit pada bahagian tepi muka model itu dan juga sedikit pada bahagian depan muka tersebut. Shooting ini sering dibuat untuk majalah modelling dan macam-macam lagi.









SIDE LIGHT SHOOT
Untuk shooting yang ini pulak, lampu/lighting akan diletak tepat-tepat pada sebelah seorang model itu. Ohh, serupa seperti 45 degree shooting, tapi yang ini memang exactly dekat sisi model itu. Hampir sama, tapi ada sedikit perbezaan :)

Di atas merupakan salah satu basic lighting dalam fotografi. Sebenarnya ada banyak lagi asas-asas dalam pengcahayaan fotografi. Sebagai contoh, bottom light, dan juga front light. Tapi, maafkan aku. Aku belum lagi berjaya untuk membuat shooting yang itu. Tunggu minggu depan ya. Model aku pun busy dengan kelas masing-masing dan sesungguhnya kelas memanglah sangat padat dan tidak membenarkan aku untuk menyiapkan kerja kursus bagi subjek studio lighting ini sekali gus.

dan ini merupakan antara gambar-gambar secara rambang yang telah diambil semasa dibelakang tabir dan juga krew-krew serta model bagi sesi shooting ini. Silalah anda cuci mata sekejap ya :)



Si fotografer sempat lagi mengenterframekan diri beliau sebelum sesi photoshoot bermula.



Bereht sebentar bersama rakan-rakan :)



Ah, kitaorang pun nak jugak test shooting dekat studio! GRRRR



Phewww! Iman, siap ada pakar perunding cara untuk posing kan? HIKHIK



Mek, gambar kita tidak pernah lepaskan? Kau suka nyebok dalam hidup aku. Mesti kacau saja hidup aku.



Lagi berehat sebentar bersama kitkat.



Sesi photoshoot sedang berjalan, dalam bilik agak gelap okay. Ala-ala dekat cinema pulak tu.



Tengah shooting, sambil diberi nasihat oleh rakan-rakan :)



Gambar krew shooting 1



Gambar krew shooting 2 : Zul, kau mencabar taraf aku! Aku benci kau!



Terima kasih kepada, Mek, Mony, Rauf, Syafiq, Wada, Nana, Iman, Izz, dan juga yang lain kerana turut membantu dalam melancarkan sesi shooting ini :)
Pssstt! korang semua famous sekejap dalam blog aku ni. HIKHIK

So, kepada semua pelajar yang baru sahaja habis SPM, ada berani untuk masuk bidang Fotografi?
Cubalah ambil peluang dan pengalaman. Kadangkala, bidang ini boleh memberi kita peluang untuk menjana pendapatan sendiri jika kita betul-betul berusaha. Percayalah!



Eh, apa itu? Berry hitamlah! Ehem ehem.
Nak pin blackberry? Mintalah tuan empunya badan! :)


Nantikan kemunculan pojiegraphy dengan album sulungnya. Ehem Ehem!

Okaylah para pembaca, korang semua mesti penatkan? Sorrylah, kalau aku sudah start menaip, aku akan menaip segala yang telah terbeku dalam kepala otak aku ni. So, hope korang semua enjoy. Maaflah, aku semakin hari semakin kurang membuat entri untuk blog aku ini. Diharapkan para pembaca masih lagi setia untuk menjenguk blog aku ini dan menantikan entri terbaru dari Pojiegraphy. Biasalah, kerja semakin berlambak (bukan ingin berlagak ala-ala ahli perniagaan yang berjaya, sesungguhnya ini memang benar!)
Kehidupan aku di universiti bangun pagi untuk kelas, makan breakfast, pergi ke kelas seterusnya, balik rehat sekejap, malamnya selesaikan semua kerja yang telah diberikan. Begitulah nak jadi pelajar yang berjaya, ehem ehem! Semoga sem depat aku dapat meraih Anugerah Dekan. (Panas, panas)

Aku rasa sampai disini sajalah penulisan aku bagi entri terbaru kali ini. Nantikan entri seterusnya daripada aku ya.
Jangan lupa untuk memberi feedback daripada cara penulisan aku, cara aku menyampaikan cerita/pengalaman ataupun apa-apa sajalah. Diharapkan blog ini bakal menjadi blog yang terbaik walaupun tidaklah sefamous mana pun :)

p/s : Rindu!

Till then. Nak masuk tidur dah. Penat tadi!
Regards, pojiegraphy!

7 comments:

  1. good!
    dh bljr lightin'
    :) rindu plak zaman bljr2 photography ni

    ReplyDelete
  2. wahh , rasa berat plak nak ambik subject tuu . tapi kan kann , subject mana yang tak berat kan kann ? hmm , akan tessa berusaha kalo ada minat yang lebih dalam lg .

    gudluckk ! :)

    ReplyDelete
  3. nak belajar balik lah..wah..bestnyaaa

    ReplyDelete