Farewell, Dude and The Duchess.

Wednesday, December 29, 2010 Pojiegraphy Journal 9 Comments




Shomat shomat shomat sejahtera! ;)
Hello kepada para pembaca yang sangat disayangi. Anda rindu? Ya, saya lagi rindu. (Jawab sendiri). Khabar baik dan sejahtera sahaja. Kini sedang menghirup udara dalam bilik baru ni, masih lagi berbau cat baru. Haccuuuum!

Farewell, Dude and the Duchess!
Whoa!, the name looks like so international. Where it from? Nah, its Malaysian!
Dude stands for the guy or ordinary guy without nothing, while the duchess represent to the very elite girl related to any royalty. Very unique right? and whats the relation between this entri or me to the Dude and the Duchess? Yeah, it was my last day from being the promoter of Dude and the Duchess. Still can't believe? Yaaaa, sebelum ni kan aku aku ada juga menge-post cerita tentang ingin mencari pengalaman ketika cuti sem. Bukan? Sudah lupakah? Tak mengapa, biar aku bersedih kalau anda tidak ingat lagi.

Ceriteranya bermula seperti begini :



Cantik kan? Tengoklah, siapa yang mengambil gambar ini. Oh tidak, ini merupakan salah satu design dalam changing room for Dude and the Duchess.



Aku bermula bekerja sebagai promoter untuk Dude and the Duchess pada 15 November lepas, dan tuptaptuptap kini dah sampai ke penghujungnya. Tidak lagi panas/hangus bontot ini duduk dekat sofa yang agak empuk dalam butik itu. Tapi tidak mengapa, asalkan ada pengalaman. Bukan senang nak mendapat pengalaman menjadi seorang promoter ini, lagi-lagi untuk orang yang agak tahu malu seperti aku ini. Ehem...ehem..!



Tugas yang diberikan tidaklah sesusah mana pun. Kerana sebelum ini aku pernah bekerja dekat bookstore, merchandise store dan dan sangatlah penat. Dengan managementnya yang kurang stabil, bising situ sana sini, dengan staff yang agak kurang okay. Luckily, tempat kerja kali ini satu kepala dengan aku walaupun beza hampir 10 tahun. Percaya atau tidak? Tunggu dan lihat!



Setiap pagi, bangun awal pagi seawal pukul 7. Hanya memakai baju T-shirt, dengan rambut yang tidak tersikat dengan rapi yang serapinya, memakai selipar jepun, seluar pendek. Hanya cukup-cukup untuk keluar rumah. Selepas itu, breakfast nasi lemak. Pergh! Hampir sebulan juga aku asyik breakfast nasi lemak. Mana tidak aku makin gemuk, ish! Susah dah, tak boleh nak salahkan siapa-siapa, kerana ku tahu itu memang salahku. ;) Selepas breakfast, sampai di butik. Aktivitiku? Tidur sekejap. Sesudah jarum jam hampir menunjuk ke nombor 9.40am, aku bersedialah untuk memakai baju kameja hitam, seluar slack, kasut kulit, sikat rambut baeek punya!, sembur sikit perfume Calvin Clein Summer! (Bau sedap, sampai ramai customer datang) HIKHIK.



Sesudah siap semua, mulalah kerja mengefax document semalam dan sebagainya. Kadangkala mengurus stock baru yang baru saja sampai. Kadang kala, makan kuih dalam stor. Ini dah kira breakfast buat kedua kali. Pheeww! Mana tak gemoknya. Ish ish ish.



Ini merupakan pintu masuk Istana si gadis itu. (the Duchess)
Cantik bukan? Tidak mampu nak mengambil gambar pintu gerbang ini sepenuhnya. Kerana camera aku cumalah camera murah jika dibandingkan dengan kalian punya camera. Kan? Kan?



Kadangkala, tiada customer (bukan sebab tak laku), aku akan mengambil kesempatan untuk melihat diri dalam changing room. Untuk pengetahuan anda semua, gambar di atas ini bukanlah gambar yang diambil dalam tandas atau bilik mandi, ianya cuma rekaan semata-mata. Nampak seperti bilik air kan? Bukan, ianya cuma sekadar bilik persalinan baju.
Selalu juga customer tanya soalan nakal
"Dik, kat sini boleh mandi ek?"
Soalan tu agak kiut, sampai aku boleh gelak dan buat muka comel walaupun tak berapa nak comel.



Butik ini menyediakan baju sahaja. Untuk lelaki dan perempuan. Tapi design untuk baju-baju dalam butik ini agak pelik tapi NICE! bak kata Dynas Mokhtar yang baru saja datang kedai 3 minggu lepas. Dia memang tinggi, lagi-lagi peramah. Lupakan dia! Ingat aku!



Antara koleksi baju-baju yang telah didesign khas oleh designer Dude and the Duchess!



Ada nampak seperti dapur? ada nampak seperti hotel lobby? ada nampak seperti butik baju?
Ya, sememangnya ini ialah butik baju. Pelik tapi nice kan?



Lihatlah counter untuk berurusan dengan customer, seolah-olah anda sebagai customer bukan hendak membeli baju, tapi ingin mengoder makanan.
bukan? Ataupun ingin membasuh tangan. Kerana counter ini seolah-seolah atau seakan-akan sinki untuk basuh tangan. :)



Tidak percaya? See! Tengoklah gambar di atas. Anda nak basuh tangan? Silakan! :)



Antara koleksi baju untuk Dude.



pandangan dari atas. Cermin besar gedabak tulah tempat aku nak setting rambut, buat-buat muka masa tak ada customer. Yelah, nak cepatkan masa la kata kan. :)



Daaaan, yang ini agak menakutkan tapi unique. Tengoklah atas tu!
Takut, tapi unik kan? The reindeer looks a little bit scary. Ramai customer complain yang bahawasanya benda tu agak menyeramkan. Kenapa pulak? No comment!



Melipat, mengikat, mengiron. Itulah kerjanya. Simple dan mudah? Tapi lama-lama naik bosan jugak. Sebelum pukul 10, mulalah membuat proses untuk closing hari itu. Tepat pada pukul 10pm, aku akan balik! Padahal dalam punch card tulis balik pukul 10.10pm laa, bagai nak rak ja.
Biasalah, dah nama punch card manual? Siapa yang tak nak ambil kesempatan kan? Ingat! Peluang hanya datang sekali.



Ini dia supervisor yang bernama Lydia berumur 28 tahun. Tua 10 tahun bukan? Tapi kepala otak hampir sama dan sealiran. Tidak hairanlah aku suka dengan kerja ini.
Untuk pengetahuan anda semua, aku dan Lydialah yang bekerja untuk butik ini. Tiada lagi staff lain, LIHAT! betapa penatnya, sebab itulah aku tiada masa untuk BLOG kesayangan aku ini.
kerana asyik Full Time je kerja. Nak buat macam mana kan?



Dua gambar di atas dan bawah ini merupakan gambar aku bersama dengan pekerja cafe T42.
Dorang foreigners, tapi sangat sporting. Best!



Maria Rodhora, Me and Maricel.



Potret terakhir aku diambil semasa berdiri berdekatan dengan sinki untuk basuh tangan! Ops, silap! Tempat counter untuk layan customer. Unik bukan? Bukan aku, tapi counter itu! :)



BYE BYE!
Itulah ucapan terakhir yang aku ungkapkan kepada supervisor kesayangan aku itu. Tiada lagi lawak bengong, gelak macam orang gila dalam stor, duduk lepak dalam stor tika tiada customer, kutuk customer. Pergh! Terbaik walaupun kerja untuk dua orang sahaja.

"Kek, tak payah la ko sambung study. Kerja ja la sama kakak disini!"
Ungkapan yang diberi olehnya 1 hari sebelum aku berhenti. Entah apa sebabnya, No Comment!
Mungkin dia takut rindu lawak bodoh aku kot nanti.
HEEEEE



Sempena dengan pemergiaan aku dari Dude and the Duchess, tertampallah iklan

Vacancy Sales Promoter!
Cepat betul suruh tampal, aku pun tak berhenti lagi. Sob sob.

Kepada sesiapa yang berminat, silalah ke kedai tersebut. Jangan lepaskan peluang!



Bakal merindui segala-galanya ketika bekerja di sana. Mahupun pahit atau manis, semuanya merupakan....

PENGALAMAN!

Ada rezeki, jumpalah kita lagi. Ikutkan hati, nak saja aku terus bekerja disana. Pergh! Maaasyuk tu! Takyah nak fikir pasal exam or test semua, just fikir bila gaji akan masuk!
:)

p/s : bakal merindui orang yg rajin melawat aku di tempat kerja. Siap buat suprise lagi! Isk! Isk.


Okay la, rasanya itu saja. Nantikan entri seterusnya. Jangan pergi ke mana-mana lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 3.53am, aku pun nak masuk tidur, pagi nanti kena bagun awal untuk pack barang. Sebab bakal berangkat ke London@Lendu, Melaka.

Regards,
Pojiegraphy

9 comments:

  1. @Monkeyz MiMot, ye ah! Tapi aku lagi creative. AHA!

    ReplyDelete
  2. kedai nih terlampau cantik..kompem aku tak masuk..hahahaha

    ReplyDelete
  3. wow..kat ner kedai ni??nak keje kat sni lar..

    ReplyDelete
  4. pojie Dude and The Duchess tue kat mana?- dann

    ReplyDelete
  5. @Nur, apa salahnya pergi jalan-jalan. Fyi, ini lain daripada yang lain. Kalau masuk, barulah anda tahu :)

    @Aqim, Kedai ni dekat Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.

    @Dann, dekat Empire shopping gallery. Subang jaya. ;)

    ReplyDelete
  6. cantiklah butik tu..

    baju pun nmpk cam sytlo je!

    price dia ok tak? hehe

    ReplyDelete
  7. katmna kedai nie nak suh adek aku minx...duk umah pon uat ape je dye tuh...

    ReplyDelete