Ingin menjadi seorang Jurugambar?

Wednesday, December 08, 2010 Pojiegraphy Journal 8 Comments

Salam kepada para pembaca. Sebelum itu, dan sebelum terlambat.
Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di luar sana :).
Hello kawan kawan, bertemu lagi kita di hari ini, setelah sekian yang teramat lama tidak mengemaskini blog empunya insan yang bernama pojie ini. Almaklumlah, beliaukan kini sedang sibuk mencari rezeki demi mencapai satu hasrat dan satu impian beliau. Tidakkah itu bagus namanya? Well, i guess nothing much. The same things happened in the diffrent days. Yeah, i've to accept it. Chew and learn it, and try to think positively. Hey come on lah, tiada benda yang senang dalam dunia ini. Semuanya perlukan usaha. Tidak kira sedikit mahupun banyak.


Ingin menjadi Photographer?
Tahu apa makna photographer/jurugambar? Tahu apa mereka buat? Tahu kehidupan mereka bagaimana? Teringin nak jadi jurugambar? Dah ketagih nak jadi jurugambar?

Mari dekat, mari dekat, lagi rapat, lagi rapat.
Dalam English (Yeah baby, come closer, closer and more closer)

Apabila anda berkecimpung ataupun terlibat dengan camera/dunia fotografi, benda yang akan anda alami dan wajib anda buat ialah :

1. Anda akan gemar mengexposedkan diri anda dengan camera hak milik anda mahupun bukan hak milik anda.

Ini sudah menjadi salah satu fenomena/trend yang berlaku dalam kalangan remaja zaman sekarang. Kebiasaannya shooting ini selalu di buat di depan cermin mahupun di depan lensa camera yang lain. Percaya atau tidak? Mari kita lihat gambar di bawah.



Apabila menjadi seorang jurugambar yang baru nak up, biasa mereka akan shooting seperti ini. Mengapa? Sebab ini merupakan salah satu langkah awal kepada kita yang akan bergelar sebagai seorang jurugambar. Bukti bahawa kita memiliki camera walhal kita menggunakan camera hak orang lain sebagai platform untuk berjaya. Bukan semua, tapi segelintir. Tidak mengapa, yang penting punya rasa dan minat dalam bidang fotografi.



Dimana-mana saja pun kita akan membuat shooting seperti ini. Yang pasti, di depan cermin. Faham? Nak bagitau tips juga ni. Kot-kot lah lepas ni ada yang rajin membeli pelbagai jenis cermin semata-mata untuk membuat shooting seperti ini.



Apabila terlibat dalam bidang fotografi, secara automatiknya, kita tidak akan berfikir-fikir untuk membuat shooting seperti ini. Once kita sudah dapat camera dan cermin berada di hadapan kita, sudah tentu tangan dan gerak geri badan kita akan melakukan perkara sedemikian.



Dan berikut merupakan petanda pertama apabila kita menjadi ahli fotografi atau jurugambar.


2. Kita akan sentiasa sibuk membuat imbasan camera kita. Kita akan sibuk membuat setting camera kita. Kita akan sibuk mengexplore camera dan function camera tersebut.

Percaya atau tidak? Ada juga jurugambar yang sama sekali tidak tahu apa-apa tentang camera hak miliknya selain daripada mencari objek/subjek dan terus menekan butang shutter.
Oh tidak, jurugambar seharusnya tidak menggunakan option shooting AUTO, sebaliknya mereka perlulah menggunakan option MANUAL. Dimana pelbagai option yang perlu kita tetapkan. Lagi satu, kita dapat shoot yang terbaik sekiranya kita shooting mengikut kriteria kita sendiri.



Seorang jurugambar akan sibuk mencari dan menetapkan setting camera sebelum membuat sesi pengambaran. Seorang jurugambar itu juga tidak sepatutnya/sewenang-wenangnya membuat shooting tanpa menetapkan sebarang shooting.


3. Walaupun memiliki camera DSLR yang besar gedabak, kita tetap punya rasa ingin membuat shooting sendiri/camwhore.




Jangan ingat camera yang besar dan berat ini menghalang kita untuk membuat shooting potrait muka sendiri. Sememangnya kita mampu. Tapi kenalah berhati-hati, silap hari bulan camera kita akan jatuh dan rosak jika tidak berhati-hati. Hah, dengan ini secara automatik juga kita akan berasa ingin menshooting diri sendiri.

4. Apabila ada event ataupun sambutan raya, gambar kita akan berkurang.

Kenapa? Sebab semua orang akan bergantung dengan kita. Dioranglah yang akan menyuruh kita untuk mengambil gambar, sibuk ambil gambar orang, siapa nak ambil gambar kita. Bukan? Sudah tentu, gambar kita akan kurang apabila ada majlis yang kita hadiri kerana semua sibuk memanggil nama kita untuk tolong snap gambar untuk diorang, dan apabila kita menyuruh diorang untuk mengambil gambar kita, hurm. Jangan harap! Haprak, sedih boleh menitis air mata darah. Gambar goyang, gambar blur, dan macam-macam lagi. Tidakkah ini menyakitkan hati kita? Apa boleh buat, sudah nama jurugambar, kita kenalah membuat banyak kerja di belakang lensa kamera.

5. Orang akan cari gambar mereka tidak dimuat naik ke dalam laman web sosial ataupun blog.

Yang ini paling ketara dan jelas akan berlaku pada diri seseorang jurugambar. Selesai shooting, 2 atau 3 hari selepas itu. Ramailah yang akan menghantar anda mesej berbunyi seperti ini "Hey pojie, nanti jangan lupa upload gambar kita hari tu erk, dan jangan lupa untuk tagged aku. "
Jangan terkejut jika mereka akan marah sekiranya gambar mereka lambat dimuat naik.
Ini sudah menjadi lumrah kepada seorang jurugambar, Jangan terperanjat atau kurang senanglah nanti ek. Lagi-lagi ada request yang ingin anda melalukan aktiviti mengedit gambar-gambar tersebut, lagi bertambah kuat iman kita untuk membuatnya.

6. Ada kalanya kita tidak punya peluang untuk balik ke kediaman.

Yes, ini memang sudah pasti akan berlaku. Percaya? Anda seharusnya percaya. Mesti percaya!
Kalau memang benar kita ingin menjadi seorang jurugambar, sudah tentu kita inginkan hasil shooting yang berkualiti. Apa maksud Shooting yang berkualiti itu? Bukan sekadar berjalan-jalan dan ternampak sesuatu, terus kita menekan butang shutter itu. Shooting yang berkualiti seharusnya satu subjek yang luar biasa dan jarang berlaku, lebih senang untuk anda faham, kita perlulah menunggu sesuatu itu berlaku dan kita juga perlulah menentukan setting camera seawal 1 jam sebelum sesuatu itu berlaku. Contohnya, shooting sunrise di atas bukit. Bukan sekadar bukit-bukit kampung tu, bukit yang agak tinggi. Sudah tentu kita kena bangun seawal 5 pagi untuk menetapkan tripod dan setting camera itu. Oleh itu, anda perlulah bersedia.
Kalau nak pergi shooting malam, bawak la satu beg khas untuk towel, baju extra, makanan ringan dan lain-lain.


Maafkan saya kerana memaparkan gambar korang ye wahai Syukri, Syiz, Iera, Tina, Apis, Tasha, Farah dan juga Aini.
Inilah antara contoh fenomena tidak kembali ke kediaman.
Lokasi : Padang berdepan dengan Makhota Parade, Melaka.
Masa : 2.15 pagi
Reason, masih tidak mendapat shooting yang diinginkan kerana perlu menghantar assignment pada keesok-esokkan harinya. Ini memang perkara yang betul-betul terjadi. Aku dengan sempoinya membawa badan dengan beg camera sahaja, ingatkan akan kembali ke hostel semula. Last-last tak dapat, nah! aku tak dapat nak mandi, nak tukar baju. Sewa hotel murah sekadar nak simpan barang dan tidur selama 3 jam sahaja. Tapi, aku tetap berbau wangi! Yeah
Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan ataupun sediakanlah bot sebelum banjir.


Mampukah anda beraksi di belakang lensa camera sepenuhnya?
Saya?
Pendapat anda? Sesuaikah saya beraksi di belakang lensa camera ataupun sesuaikah saya beraksi di depan lensa camera?

Lebih berterus terang, aku bukanlah berbakat sangat beraksi di belakang lensa camera. Hanya orang yang tertentu sahaja punya bakat yang boleh tahan hebatnya. Saya lebih selesa beraksi di depan camera. Mengapa? Jangan tanya saya, tanya emak dan ayah saya ok.
:)



Antara sedutan-sedutan saya sewaktu beraksi di depan lensa camera.



Lagi, dan untuk pengetahuan anda. Hari ini saya banyak memaparkan gambar seorang girlfriend saya yang bernama Wada Safri, maaf ya. Anda di exposedkan dalam blog saya untuk entry kali ini. Maka, akan famouslah anda! HAHA!



Bersediakah anda untuk menjadi jurugambar?

Sanggupkah anda menghadapi semua risiko?

....

Regards,
pojiegraphy.

8 comments:

  1. gambar-gambar semua terbaikk.. memang sonok la belaja kat fakulti design and art kan.. u're lucky!

    ReplyDelete
  2. cool jugak photographer nih. har har.
    syok kott

    ReplyDelete
  3. Syafiq, yeah. Thanks lot.
    Boleh tahan juga menjadi seorang pelajar Art & Design ni.

    Athirah,
    Memang cool.
    xnak try?

    ReplyDelete
  4. pic yg ubah setting tuh sgt lawa...

    and penjelasan yg no 1 snagat banyak..hahahhaha...nampka sagt la ada ciri2 eh..muahhaha

    ReplyDelete
  5. wah2.. sgt berjaya jd photographer..
    tapi mngapa bnyak gila gmbar si penangkap gambar kan..lalala~

    ReplyDelete