Aku Mahu Pulang!

Thursday, December 16, 2010 Pojiegraphy Journal 6 Comments

1, 2, 3
Tarik nafas kuat-kuat, hembus dengan seperlahan yang anda boleh. Ingatlah kita semua, bahawa kita kenalah bersyukur kerana kita masih mampu bernafas seperti biasa, tanpa sebarang penyakit. Sedarlah anda semua bahawa indahnya dunia ciptaan Tuhan ini, dan janganlah sesekali kita merosakkan keindahan yang telah diberi olehNya.
(Sempat lagi bagi nasihat/taskirah)
Syabas pojie! Anda masih lagi boleh berblogging pada waktu ini, sudah hampir seminggu blog ini nampak agak usang, seperti rumah yang tidak bertuan. Hello para pembaca! Bertemu lagi kita, hmmmm...pojie? Sihat! Walaupun ada masalah, beliau tetap tampil dengan cara orang yang tiada sebarang masalah. Tapi dalam, pergh! Memang perit. Kepada sesiapa yang terpaksa menanggung keperitan aku ini, maafkanlah ya. Result Final Exam sudah diumumkan 6 hari yang lepas and aku punya? Okay, boleh la. Cuba lagi next semester untuk capai target. Kau pasti boleh pojie!
Aku rasa seperti ada suatu yang kena, mengapa? kenapa? dan bagaimana?

Hujung tahun sudah tiba, dan semua seharusnya bercuti, enjoy dan....dan... pulang ke kampung halaman! Berjumpa dengan mak dan ayah tersayang, berjumpa dengan kawan-kawan lama, jalan-jalan dan sebagainya. Begitu jugalah dengan aku, seperti yang telah terpapar sebagai tajuk untuk entry kali ini, "Aku Mahu Pulang". Itulah mesej utama yang akan disampaikan bagi entry kali ini.

Aku mahu pulang! Aku mahu pulang! Aku mahu pulang!

seperti lagu yang berjudul Home nyanyian Michael Bubble. Dan lagu ini masih lagi kedengaran sewaktu aku sedang menaip untuk entry ini. Bukankah itu menambah lagi effect aku untuk rasa nak balik kampung? Kenapa?
Masih tertanya dengan apa yang telah terjadi dan kenapa tiba-tiba terlintas dalam kepala otak aku untuk balik? Jangan risau, semenanjung malaysia bukanlah tempat yang aku benci atau apa, cuma aku rasakan diri ini perlulah berehat di kampung halaman sendiri. Setiap manusia punya tempat asal, dan setiap manusia punya rasa untuk kembali dan berehat di tempat asal. Tetap, Aku Mahu Pulang!
Kalaulah ada peluang, akan ku terbang kembali ke Kota Kinabalu, Sabah. Rindu kepada parents terutamanya, kepada rakan-rakan yang sentiasa bertanyakan kapan aku akan kembali ke sana, aku sangat merindui korang semua. Terima kasih kerana masih ingat dekat aku. Nak juga aku merasa ketenangan apabila berada di tempat sendiri. Bukan nak memburukkan atau apa, aku rasakan diri ini kurang tenang dan rimas apabila berada di tempat orang. Sekali sekala aku nak juga berehat di kampung halaman dengan jangka masa yang panjang. Bangun seawal jam 7 pagi, tanpa ada rasa mengantuk atau rasa terpaksa untuk bangun. Mendengar lagu yang tenang pada waktu pagi itu sambil menghirup udara yang segar-bugar, mencuci mata di taman melihat tanaman bunga hasil karya mak dan ayah aku, duduk tengok television diatas sofa yang empuk seempuk-empuknya, minum kopi panas, apabila menjelang tengah hari, tidur di bilik untuk beberapa jam. Malamnya, menonton television bersama keluarga tersayang. Rindu rasanya.
Aku sudah berapa lama tidak balik ke kampung halaman. Apalah rupa kawan-kawan aku sejak dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, sudah tentu mulut tak berhenti berbicara apabila berjumpa dengan diorang semua.



Gambar ini diambil sebelum mak dan ayah aku berangkat balik ke Kota Kinabalu, Sabah.

Paling utama, aku ingin pulang! Kerana ingin bertemu dengan mak dan ayah yang tersayang. Apabila terbaca atau melihat seseorang itu merungut dengan ibu dan ayah mereka, aku sangat terasa hati. Mengapa? Aku rasa diorang rugi besar. Sangat besar. Korang kalau yang selalu berjumpa dengan mak dan ayah korang, bersyukurlah! Jangan nak merungut macam-macam. Tengok aku ni, paling sekejap pun aku boleh berjumpa dengan mak dan ayah aku 2 atau 3 bulan dalam setahun sahaja. Yang korang lagi, selalu dapat jumpa, hmpppph! Alangkah indahnya. p/s ; i miss you mom and dad.




Antara babak drama 2008 :)



Bersama dengan gideon dengan valentina. Kami memang KAKI!


Melawat Joe@Kundur!



Kawan sekolah rendah, kawan sekelas dan juga cousin. Brenda :)



I will always love you, Susanna ;)



Another landscape for me and Allysa.



Yeah, see! Its waterfront!



Amylea@bibong, you're the one who i'll always remember.



Three of Us! Collin, too bad u're the one who snapped this picture. So, u're not in! Grr.



Teman selepak dan setaman, Valentina Gayle.



Itu dia Ebon.



Jason, oh yeah. Senior of Smsm. Lama tidak lepak sama-sama!

Apabila mempunyai masa lapang yang selapang-lapangnya, aku akan keluar dengan kawan-kawan aku berjalan sana-sini, mencuci mata yang sudah bersih tahap dewa, minum-minum, lepak, sembang sana-sini, Ada kalanya sampai boleh terlupa waktu kerana khusyuk sangat lepak dengan rakan-rakan. Macam manalah rasanya kalau aku punya masa 1 tahun untuk berada di kampung halaman, sudah tentu akulah orang yang paling gembira di dunia pada waktu itu. Jangan hairan kalau aku balik lewat atau tidak ingat nak balik satu hari nanti, sebab masih tidak puas enjoy dengan rakan-rakan.
:)



Pada saat aku rasa sangat bosan, pada saat aku memerlukan ketengangan, pada saat aku memerlukan kegembiraan, pada saat aku merasakan akulah orang yang paling malang di dunia dan bermacam-macam lagi...

Inilah tempat yang akan aku lawat, sama ada secara berkumpulan ataupun individual. Aku suka pada suasana tepi pantai dengan rasa angin yang sipi-sipi meniup. Pergh!
Aku memang rindu tempat ini. Sinilah aku akan ajak kawan-kawan aku untuk lepak. Sampai diorang pernah berkata "Apalah mamat ni, banyak-banyak tempat, sini juga dia mau pergi bah!".

Disini juga bermacam-macam kenangan aku ada. Sampai sekarang, aku masih ingat dengan kucing kesayangan aku pada waktu dulu yang telah diberikan nama Compok! :(
Tidak salah untuk aku mengingati kau jika aku berada di tempat ini. Sekadar mengingati bukannya salah. Ohhhhhhhhhhhhhh!
Lepak dekat Waterfront sambil menikmati minuman Yoyo. Oh no, aku mahu pulang!




Inilah minuman yang pernah aku kecohkan pada waktu dulu. Siap semua rakan-rakan aku dekat semenanjung ni tertanya-tanya apalah yang ada dekat minuman itu sampai aku idam-idamkan seperti seorang peminat yang teridam-idam untuk berjumpa dengan artis pujaannya. Ada satu ketika tu, asal keluar, aku beli hampir 6 cup untuk bekalan aku satu hari. Pelik pelik, tapi ini memang benar. Jangan terkejut kalau aku request sesiapa saudara atau keluarga yang datang atau balik dari Sabah untuk membelikan aku satu atau dua cup Yoyo. Beruntung kau ya YOYO, dapat naik flight terbang ke semenanjung malaysia!
;) Pernah juga aku bagi budak-budak kelas aku rasa minuman yoyo ni. Tak sempat aku nak minum sepuas-puasnya, diorang dah habiskan. Hmppph, tak apalah! Baru diorang tahu penangan minuman Yoyo ini. Tunggulah, balik nanti aku nak balun yoyo tiap-tiap hari!

Begitulah nampaknya,
AKU MAHU PULANG! AKU MAHU PULANG!



Gambar ini dipetik pada hari terakhir aku berada di KK sebelum berangkat balik ke Shah Alam.

Selamat bercuti kepada semua!
Ingat, cuti itulah peluang untuk kita membuat sesuatu yang boleh beri kita hasil tambahan. Jangan sia-siakan cuti anda semua!

Regards, Pojiegraphy.

6 comments:

  1. aku pernah rasa perasaan tu, masa aku stay di KL seorang diri & keluarga pula jauh d KK. Jadi anak perantauan. Balik KK pun hanya 2-3x setahun. Kekadang rasa lonely juga..

    Kekadang rasa sesak dgn kesibukan kota.. terasa ingin balik ke kg halaman.. cukup lah dapat berehat di rumah family dgn tenang & nyaman.

    Bah...pulang la ko cpt2x...
    hirup udara yg segar d kk ni..
    bleh p yoyo.. the best!

    selamat pulang ke kk..

    ReplyDelete
  2. sape budak dengan ur parents tuh??sangat comel...urghhh

    ReplyDelete
  3. balik sabah??? bestnye..nanti amek gambar bnyak2 taw

    ReplyDelete
  4. hebat. follower blog tak lama lagi 1000. ;p

    ReplyDelete
  5. ayo0 sedeyh post ni. but made me thankful for being around my mom everyday. heh~

    ey how la ur koko? setel dh blom?

    ReplyDelete