Sekilas pandang, untuk dikongsi para pembaca :)

Wednesday, October 06, 2010 Pojiegraphy Journal 3 Comments

(gambar di atas menunjukkan betapa gigihnya aku, juga sebagai pembuka selera untuk korang membaca entry aku kali ni yea)

Sebelum aku memulakan sesi penulisan aku ini, aku dengan ini mengumumkan bahawa aku baru sahaja berjaya mengemaskini entry bagi blog aku ini. Dulu macam diari, hampir setiap hari kot update dengan pelbagai cerita, pelbagai gambar dan juga pelbagai jenis perasaan yang ditunjukkan. Nak atau taknak korang kenalah baca/ketahui cerita yang cuba aku sampaikan ini. tidak kira cerita best mahupun cerita bosan. Yang penting, benda itu penting untuk disampaikan bagi aku. Cukupkan? Ke nak lagi? Oh, jap. aku juga dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa minggu depan merupakan minggu terakhir untuk aku menghadiri kelas kuliah dan juga seminggu lepas itu aku bakal menghadapi Peperiksaan Akhir. (Bunyi macam dekat sekolah pula kan. Siap ala-ala peperiksaan akhir tahun, lepas tu tak sabar time untuk penyerahan slip keputusan. Dengan baju uniformnya, duduk di sebelah parents yang tengah khusyuk mendengar bebelan dari guru kelas. Wah, rindunya! )

Untuk pengetahuan korang semua, selama aku berada hampir 6 bulan (tolak waktu aku balik, lepak-lepak dekat luar kawasan kampus) dekat UiTM Lendu ni, macam-macam dah aku belajar sebagai seorang pelajar yang bergelar Part One yang selalu diganggu dengan perkataan "Part One! Turun cepat!!!". AHAH, dulu je. tapi sekarang dah biasa dah. Malah, setiap kali nak turun tu rasa macam terexcited sangat. Kenapa? sebab dapat tunjuk muka la kot. Kate budak Hot kan? Hakkkktuuuuiiiii! Selama aku dalam suasana atau keadaaan Universiti ni, terlampau macam-macam yang aku hadapi. Ehhhhh, susah nak explain lah! memang macam-macam. Aku masih teringat lagi perkataan "Eh, tak sabarnya aku nak masuk U!" yang selalu terngiang-ngiang dari mulut aku dengan budak kelas semasa form 5 lepas. Kalau aku dapat tarik balik ayat tu kan best. Serious sheet, aku memang rindu gila dengan life dekat sekolah. Ahh, seriouslah! Lagi-lagi budak kelas aku mase form 4 & form 5 lepas. Sangat rindu ah! Kat sini aku tak dapat kawan macam korang weh. Seriously aku cakap! Kawan memang ramai, tapi kawan yang betul-betul kawan tu memang susah nak cari. Atauuuuuuu... aku masih belum jumpa lagi kawan sebenar aku tu.
Mana lagi dengan hal kerja assignment yang berlambak dan tak pernah nak berhenti bagi aku cuti dalam 1 minggu tu ke, ini bukan. Dah siap yang ini, lepas tu minggu depan pulak. Fyi, jadi student Art & Design ni sangat-sangat tak ada life. Bangun pagi, buat kerja assignment, mandi, pergi kelas dengan kelam kabutnya, after kelas minum kat cafe, lepas tu balik bilik sambung kerja assignment lain pulak, malam tu yang ada kelas malam pergi kelas, yang tak ada tu sambung buat kerja, after kelas malam tu, balik bilik sambung buat kerja lagi sampai siap. Tak kesah la nak pukul berapa. Pukul 3am? pukul 4am? pukul 5am? ada juga 6am. ;( nak tak nak kena buat juga. Eh! ini bukan sesi nak merungut erk, ini cuma sekadar satu kisah yang cuba aku sampaikan dekat korang yang mungkin masih belum faham lagi dengan hidup aku dalam U ni.

Entahlah, harap-harap dah masuk semester kedua nanti, takdelah hidup aku macam ni. Macam-macam kerja, tolong tolong tolonglah!
Aku nak juga merasa, pergi ke library dengan kawan-kawan, baca buku, buat nota, pegang mesin kira-kira (bukan mesin mewarna), pegang pensil, pegang pen, liquid paper, highlight nota tu, highlight nota ni, bincang pasal pelajaran. Wah, serious aku rindu suasana macam tu. Ni skg, takde maknenye, bila disuruh je barulah pergi ke library. sebab apa? memang tak ada masa. Nak cakap aku ni bukan muka budak library tidak juga. aku selalu juga pergi library. baca buku, cucu mata, dan juga tunjuk muka. Bukan itukah pojie? Oh, aku silap. Maafkan. hehehe.

btw, aku ni orang yang macam mana ek? menyusahkan? jahat? terlalu baik? baik? pura-pura baik ke?
Tolonglah, dalam pada masa itu. ada juga yang kurang senang dengan aku. Ada saja yang tidak puas hati. kenapa? aku pun tidak tahu.
Nak cakap lebih-lebih takyah la rasanya. Aku rasa cukup la dengan statement di atas. Ingat, aku datang sini bukan pasal nak kesah sgt dengan hal korang tu. Aku dtg nak belajar. Janganlah paksa aku untuk keluarkan kata-kata kesat atau buat perangai yang agak menyakitkan. Macam orang cakap, orang yang jarang marah ni kalau sekali marah boleh tercabut rambut orang yang kena marah tu. Aku senang, (kalau anda-anda yang dimaksudkan sedang membaca post aku ini, silalah cepat terasa!) kalau memang dah tahap gaban tu, gua tala main simpan-simpan lagi. gua terus bagi lepas. mau lu benci gua? Gua tala peduli. Gua tetap hidup juga. Yang penting aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. aku rasa itu okay kot. tala ada hal la!
Yang mana baik dengan aku, aku buat baiklah. yang mana buat taik dengan aku, sorry dengan banyaknya! (ayat dah mula tunggang terbalik dah sekarang ni)


Nampak gambar atas tu tak?
Haaaa, itulah hasil mock-up aku yang dah siap. Tak ada la cantik sangat, tapi aku rasa sgt susah nak buat benda ni. Siap dengan bangganya aku post benda ni. sebab aku rasa aku berjaya! ;)
Macam biaselah, kerja-kerja last minute. Mau tidak mock-up ni asyik roboh je. Jangan main-main yaa, kerja ni bukan senang okay!
last-last aku dapat juga menyiapkan dengan jayanya, dan keesokan paginya, membawa benda alah ni ke kelas dengan gigihnya. segigih-gigihnya! ;)

Antara tugasan yang diberikan kepada budak yang baru nak menceburi bidang fotografi ni, orang kata senang la weh jadi budak photography ni. Tak ada banyak kerja sangat, siap kelas pun kurang. Ya, memang. tapi tak tengok yang dalamnya lagi. itu cuma luaran je. Mana lagi nak keluarkan kos yang agak banyak. mana lagi nak memerah otak untuk menghasilkan gambar yang terbaik dari ladang untuk lecturer. Mana lagi dapat lecturer yang agak particular dalam finishing dan bagai. Hey, aku dah pernah rasa laaa. Sangat best bila kita dah gigih buat kerja itu sampai tidur dalam tak sampai 2 jam hanya semata-mata nak buat kerja itu. Tapi bila time nak hantar portfolio tu siap dengan kameja yang lengkap, tie yang di ikat ketat pada bahagian leher, berkasut dengan baju yang siap di tucked in. Tapi aku rasa semua tu tiada makna bila kita yang kemas macam nak pergi interview untuk kerja dalam aliran kerajaan terpaksa melihat fail portfolio kita itu di baling dan terhempas dekat dinding. Huwaaah, lagi penuh lawaknya bila gambar melekat dekat dinding. Mesti penuh dramatik! HAHAHAHA!
Apa-apapun, jadi budak fotografi sebenarnya tidak semudah yang kita sangka. Percaya, percaya, dan percayalah aku okay?

Eh, sekarang dah pukul 3.38am, pagi nanti kelas pukul 10am pula. Sebelum aku dah mula tulis yang merepek-merepek ni, baiklah aku memulakan sesi penutupan ini.
"Dengan ini, saya Mohd Shahril Fawzy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi membaca entry saya kali ini. Paling tidak pun, korang dapatlaa serba sedikit kan? :) "

Okaylah para pembaca, nanti saya update lagi blog saya ini. Nanti nak tukar layout la, nak design lawa-lawa. Biar ada yang mata bersinar-sinar bila buka blog saya nanti. Hehehe.

p/s : i miss the person who likes to call me 'buchuk' ;)

3 comments:

  1. 'buchuk'

    eh silap. bukan i yg pggil u 'buchuk'

    cool header

    & wah jelez giler sem die dh nak abes..

    tensen nyee...

    ReplyDelete
  2. susah2 sekarang.

    senang2 kendian hari.

    trust me.

    yg penting kuatkan semangat n never give up.

    take care buchuk!!!

    **eh tetiber**

    ReplyDelete