End of the semester ;)

Tuesday, October 19, 2010 Pojiegraphy Journal 3 Comments

Hello readers!
Its been so nice to see you again.
............
Im speechless now, yeay! Im going to be at the end of my first semester. Can you just believe that? You should. Felt like baru je semalam aku mendaftar sebagai pelajar UiTM ni. Rasa-rasanya kerja sangat berlambak kot, membuatkan aku tidak rasa masa berjalan begitu pantas dan lebih pantas daripada petir yang nak menyambar dekat orang yang buat jahat dekat aku. Maaf, entry blog aku kali ini agak berunsurkan kegeraman pulak.
Takpelah, nampak disitu dari segi ekspresi perasaan.

For your most important information, i just done and submitted all the works. Visual Drawing works, Drawing works. Alhamdulillah,syukur aku dapat menyiapkan semua task dalam pada masa yang diberi. Tiada sebarang penangguhan kecuali aku datang lambat ke kelas. Itu sudah menjadi sesuatu yang sangat command untuk aku. Bangun lambat, boleh lagi jalan slow-slow nak pergi kelas dah tau kereta/motor takde, jalan la cepat-cepat sikit ni tidak jalan terkedek-kedek.

*saja nak display gambar yang tidak kena touch-up*

Juga, sebelum ini atau baru-baru ini pada 13.10.2010, fakulti Photography & Creative Imaging UiTM Melaka telah membuat satu exhibition atau pameran fotografi bertempat di Galleri ART & DESIGN UiTM Melaka. Persiapan? No comment. Semua budak kelas B yang buat, dimana budak kelas A pula sibuk mengejar due date kerja-kerja assignment. Minta maaf la, tapi budak kelas B memang dah berjasa dengan kitaorg. Terima kasih.
Nak tau ape jadi sepanjang exhibition tu?

-Semua budak part one sebok tengok budak-budak senior. Wow! Macam biasalah, tak senang nak tengok senior kot.
-Semua budak part one sebok cari gambar masing-masing. Cari dekat wall, cari dekat pamplet, cari dekat banner, wah. korang ni terlebih excited pulak kan?
-Semua budak busy mengambil gambar masing-masing, bersama kawan-kawan. Begitu juga aku, aku buat perkara yang ini. Maaf, saya sangat universal. Saya boleh jadi Photographer, saya juga boleh jadi Model. Adakah saya bakal menjadi seorang Photographer yang berjaya?
Tak payah nak cari model, saya pun dah boleh jadi model. HAHA.

Haa, tengok la gambar-gambar pada masa exhibition tu, :)


*button of the day :)*

*pamplet of the day*

*cuba tengok gambar ni, ala-ala artis(aku) sedang bg buku yang telah aku autographkan. kan?*

*Maula, baby, me, rauf and mony*





*budak-budak tengah makan after the exhibition*

*im with the goodies beg, pamplet,*

*muka terpaksa, haha!*


So far, its my first exhibition. So ada juga kekurangannya. Takpe, sem 2 nanti buat agak gempak sikit. bolehkan? :)

Tidak panas lagi kaki aku berdiri dekat Lantai gallery tu, seorang kanak-kanak kecik menelefon aku, suruh dtg studio secepatnya. Aku dipanggil untuk menghadiri satu sesi pergambaran dekat Studio Photography. Wow, bunyi macam seorang artis yang dipanggil untuk membuat satu sesi shooting untuk majalah, ataupun surat khabar. Aku ni feeling lebih pulak. HAHA!

dan inilah hasil kerja budak Graphic itu, bolehla. asal aku nampak segak dan bergaya dalam gambar dah kira A+ la tu walaupun gambar kena snap macam ape je. HAHA




Baru-baru ni 19th October 2010 pada jam 9.00 pagi bertempat di studio 1 Fakulti Art & Design,lecturer drawing telah membuat satu sesi assestment untuk drawing kitaorg semua. Man, aku takde idea macam mane nak buat present semua drawing aku. Kalau korang tengok drawing aku, mesti korang cakap "Eleh!, adik aku yang study tadika pun boleh buat la." Takpe, aku dah biasa dengar ayat macam tu. Dah kalis pun dengan ayat tu. Tapi, Alhamdulillah berkat aku tidur lewat sampai pukul 3 pagi hanya semata-mata untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir tu. Buat cross hatching bagai, rendering la. Tapi aku suka, daripada awalnya aku tak pandai nak lukis, nak buat tone, nak hatching, at last aku dah pandai. Kalau korang tak percaya, datang la tengok lukisan-lukisan aku. Takde la cantik sangat, tapi boleh tahan la buat tangan sang programmer yang bertangan janggal untuk melukis ni. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf sekiranya entry aku kali ini agak mengangkat bakul aku sendiri dalam erti kat lain PUJI DIRI SENDIRILAH! Yelah, sape la nak puji diri aku ni kalau bukan aku sendiri kan?
Balik pada topik assestment tu, akhirnya aku berjaya juga melepasi zon tidak selamat itu. Nasib baik aku bukan yang kena tanya/soal awal, kalau tak memang la. Soalan agak complicated, nak tau ape benda yang kita buat tu.
Kalau aku, senang je. Jawab lah "Ape yang saya buat ni, pegang pensel, kikis-kikis dekat kertas catridge bersaiz A1, kalau salah saya ambil la pemadam untuk padam kesalahan saya. Sekian Terima Kasih." simple kan?
Tapi aku happy aku dapat juga bagi penerangan dengan apa yang aku buat tu, bermain dengan tone, garisan, shape, texture and banyak lagi.
Terima kasih buat Puan Sharifah Latifah bte Syed Zubir kerana telah menjadikan aku daripada seorang yang tidak pandai melukis, kembali pandai melukis.
Next sem, kalau betul budak Photography ada melukis, saya tentu akan mengambil beliau untuk menjadi pensyarah kelas kami. ;)

Nak lihat hasil lukisan final saya?
scroll lah ke bawah.
usah malu-malu, jangan segan-segan.
.


.



.



.



.



.




Rasanya itu saja kot yang boleh aku share. Biasalah, sebenarnya sangat banyak yang aku nak share ni. Tapi lupa pulak. Takpe, kalau aku ingat, aku akan buat sesi mengimbas kembali. Macam tak kenal cara penulisan Pojiegraphy ni kan? Beliau sangat gemar membuat sesi mengimbas kembali dalam blognya. Jangan tak tahu pulak eh.
Mungkin juga, ini last entry dari aku buat korang semua. Jap, eh eh! jangan salah sangka pulak. Ni last entry dari aku buat korang sebelum aku menduduki Final Exam pada 27hb October ni sampai 11hb October 2010. Sebenarnya, aku sekarang ni dalam mood study week. Tapi malangnya, sesungguhnya budak ART sama sekali tiada study week. Time itulah diorang akan bertungkus lumus untuk menyiapkan segala task yang tertunggak. Sedihkan? Semua pelajar dari course lain mesti tengah berseronok sekarang ni. Dah nak dekat exam barulah jadi baik. Tau sangatlah perangai budak-budak U ni ( Ayat dah macam jadi student Part 6 pulak ) HAHA!

Lagi satu, aku akan melangkah ke dunia part two. Yehaaaaaaa! Tiada lagi "Part One turun!", "Booooo Part One!". Sukanya aku. Korang suka tak? Ke memang suka aku dok jadi part one je. Macam ape la >.<

Last but not so least, doakan saya agar dapat menjawab soalan-soalan final nanti ek.
aku mengambil 6 paper, Element of Photography, History of Photography, Introduction of Cultural Studies, Art Appreciation Studies, English (BEL) dan Centre of Islamic Thought (CiTU). By the way, im here wishing all the best for all the UiTM students for their final exam. Sama-samalah kita bertarung ye. :)

okaylah korang, aku nak mandi ni. Nak makanlah, lapar sangat.
Tadi boleh pulak aku mimpi ada orang tu ajak aku pergi bazaar untuk beli makanan.
Tapi dalam mimpi la, sekali bangun dari tidur, lapar balik. HEHEHE.

OKAY READERS, TILL THEN.
regards, pojiegraphy.

3 comments:

  1. pojie pojie! goodlucf for ur final exam k! buat elok-elok taw..

    ReplyDelete
  2. final drawings? i likeeee..
    i baru post drawing i masa sem 1 uitm.feel free to visit my blog..

    ReplyDelete
  3. Lama tak singgah kt blog pojie. Hidup lg rupanye blog ni. Hehe. Btw, nice posting! :D

    ReplyDelete