2 down 4 more to go

Sunday, October 31, 2010 Pojiegraphy Journal 0 Comments

"Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya saya terpaksa untuk mengupdate blog saya ini" - kata maaf daripada Mohd Shahril Fawzy bin Suhaili.


"Sangat bosan, bosan dan bosan". - Itulah ayat yang sentiasa dilaungkan oleh para siswa mahupun siswi apabila mereka tidak punya benda nak dibuat.
Begitu juga aku, masih stuck dekat Lendu atau lebih dikenali sebagai London, Malaysia. Pada saat ini, aku sepatutnya berada di kediaman Shah Alam, tengah duduk tengok tv sambil makan keropok chipster berperisa bawang dan sambil menikmati angin yang sipi-sipi. Wow, tidak dapat dinafikan aku mampu jatuh ke dalam dunia khayalan sekiranya aku asyik terfikir suasana tersebut. Hidup di Universiti sementara menanti kertas peperiksaan seterusnya ialah tidur, makan, duduk termenung, memekak macam budak tiada hala tuju (Jangan salahkan aku, salahkan budak-budak lain. Diorang yang ajak aku untuk turut serta dan menyertai aktiviti yang sihat itu). Alangkah baiknya jika aku berada di Shah Alam sekarang, makan free, tidur selesa, boleh bergerak ke sana dan ke sini.
Sudahlah, jari aku dah mula menyusun gerakannya untuk menekan butang board ni untuk cerita bermacam-macam dan lagi lebih macam-macam. Kesian korang jadi mangsa.
Takdelah, motif aku buat entry ni untuk lepaskan tekanan serba sedikit dalam otak ni. At least korang tahu aku masih hidup, kot-kotlah ingat aku study sampai nak rak sampai dah tak hidup lagi. (Ayat dah tunggang terbalik, member dah panggil nak ajak makan dekat cafe Jebat) OPSS! TERPROMOTE CAFE JEBAT pulak!
Banggalah korang sape yang dah jd muka cafe jebat tu kan? HAHA!


and by the not too far way,

31 October 2010 - 2 downs 4 more to go.

okaylah korang, aku ada 4 kertas lagi. Doakan yang terbaik buat aku okay? :)

Jumpa lagi selepas 11 November 2010, kirim salam sayang kepada orang yang tersayang bagi yang tengah membaca blog saya ketika ini.



Salam Sayang,
Pojiegraphy
(Tiba-tiba guna mode romantik/ayat berbunga ala-ala melayu)

0 comments: