Walk in Course Interview (Recap)

Sunday, June 06, 2010 Pojiegraphy Journal 2 Comments

Cerita ni maybe agak lama/dah basih. Tapi xpe, xsalah kot nak share. Maklumlah, aku kan skg dah nak resign. So, lebih-lebihkan la masa dengan keyboard, monitor and pc ni. (dah jadi ulat-komputer skg ni. sorry, tatabahasa agak mereng). Nampak tak gambar ape kat atas tu? kasut? Oh, bukan. ianya bukan sekadar kasut. Tapi super-kasut. Bukan kerana harganya, bukan kerana kualitinya, bukan kerana trend. Tapi, KENANGAN!
last month, around end of march kot. Kurang ingat, i did attended one of Course Interview. Sebelum ni aku tidak maklumkan kepada semua apa course sebenarnya itu, kerana faktor-faktor yang kurang sedap didengar. :) Tak mengapa. Sekarang saya maklumkan,
Dengan ini, saya telah menghadiri satu sesi interview bertempat di Uitm, Shah Alam untuk kos Art & Design. (Try nak bagi market skit kos tu) HAHA.

............................................................................................................

Cerita bermula macam ini,
Malam before aku menghadiri sesi interview tu, everything was not prepared. Let me repeat it, EVERYTHING WAS NOT PREPARED!
Mane lagi surat tawaran, mane lagi sijil salinan, mane lagi hasil karya.
I slept at almos 3am, untuk sume tu. Sape suruh, dah nama last-last minute punya preparation, itulah jadinya! On the next day, dengan gigihnya aku bangkit awal. Mandi, online sekejap dan buat status dalam facebook "Is Attending an University's Interview." Yang the best part, i went to the interview without nothing. My body, my artwork, and my knowledge only. I came there by myself. Bagus x? Dah pandai berdikari dahhh. :D
Dengar member cite ala xyah datang awal sangat pun. Bukannya sharp-sharp interview tu start, aku pun ok la. Lagipun kepala berat sangat nak bangun, so the interviews should be start on 8.30am but aku gerak dari rumah at 8.30am.
Sampai sana at 9.00am, tengok still ada yang nak terhegeh-hegeh cari parking, so ok la. Xde la cuak sangat. Sampai-sampai kat fakulti, semua sebok isi borang.
Aku plak xtau ape kena buat, aku ikot je la makcik-makcik yang sdg sebok mencari nama anak-anak mereka.Aku dapat sesi 7 dan list dalam in the middle. Okay la, amek borang isi sume sambil cuci mata. Kiri kanan macam-macam ragam budak aku lihat, adanya macam artis. Siap bawak portfolie yang tebal gila nak mampus, ada yang bergaya ala-ala profesionaliss, ada yang macam nak g kem tentera (HAHA! ni msti baru habis PLKN). Forget it, aku dengan simplenya hanya berbekalkan hasil karya yang pernah aku hasilkan dengan bantuan Photoshop. thx photoshop, nnt aku blanje makan KFC k. HAHA!
Sesi pertama, budak-budak kena panggil masuk ke Drawing-room. Okay! Aku dah blank. Dalam hati "Janganlah aku kena melukis, kalau menaip boleh la!) Bayangkan, selama 2 tahun aku tidak belajar satu pun bab-bab seni ni. Yang aku tau, menaip, buat program, electronic editing je. Hampeh!
Memang sah kitaorg kena melukis, >.<

masa melukis i was like
.................................................................
CUKUP!
dah tutup bab sesi melukis tu, selepas tu kitaorg dijemput dengan gahnya utk masuk ke dalam dewan sesi temuduga. Member sebelah cakap ngan aku
"Camne drawing tadi? Ok x?
Aku jawab ok je la, padahal x KO!
aku tanye balik dia.
"Dia jawab, x ok dowh. Aku bukan nak course ni. Aku nak course lain."
Aku dah macam bengong time tu, nak je cakap "Apesal dtg? baik ko dok umah. urus kos lain je"

Sempat juga online facebook via phone. Alahai, sebok betol budak belakang cakap aku " Sanggup online nak borak ngan awek" HAHA!
ape kelas borak ngan awek dalam facebook? macam xde phone number plak.

Dah nak hampir giliran aku untuk diinterview, rasa macam
"Eh, nak balik jap. Terlupa barang!"
mulanya aku diinterview oleh Panel 7, tapi pergi panel 10. Orangnya agak otai juga, takot plak kalau tanya pengetahuan ttg seni dengan lebih spesifik. Mampoii aku.

Alhamdullilah, Semuanya okay.
Now, saya sudah pun ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Uitm Alor Gajah, Melaka.

Nak lihat rupa saya semasa interview?

.
.
.
.
.
.
.
.
.

2 Keping gambar cukup yah, xyah lebih-lebih, Nanti jatuh hati plak.
[ PERASAN LEBIH ]


saya sayang dengan kameja ni dan juga suka memakainya.
tidak hairan la member kate aku tak mandi, sebab baju nak sama je.
>.<

Sekian, Hope korang enjoy baca sesi mengimbas kembali ni. hekhek

2 comments: