Kepada para pembaca, saya meminta maaf sekiranya entry saya kali ini agak emo. Saya seharusnya tidak mengaplikasikan blog ini sebagai tempat untuk saya menunjukkan dan meluahkan perasaan, saya sepatutnya berkongsi kegembiraan kepada para pembaca dengan cerita-cerita yang menarik. Saya gagal untuk menjadi seorang blogger yang kreatif.

Kini, berakhirlah sekali lagi penderitaan yang aku telah lama alami. Cukuplah, cukuplah, cukuplah. Aku tidak punya kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini, aku tidak berdaya, aku tidak lagi punya semangat untuk semua ini. Pernah aku berikau kau peluang kedua untuk kembalikan keadaan seperti asal, Aku cuba untuk melupakan kau, aku cuba untuk membenci kau. Tapi, aku gagal untuk melakukannya dan ketahuilah, semua itu kerana aku masih sayang dengan kau!.
Janganlah kau gantung aku seperti ini, janganlah kau biarkan aku seperti benang yang putus tanpa ada apa-apa sambungan.
Pernahkah kau melihat semua yang telah aku lakukan? Pernahkah kau sedar semua yang telah aku korbankan? dan Pernahkah kau rasa apa yang aku rasa sekarang?
Rasanya soalan sebegitu tidak lagi berguna aku tujukan kepada kau.
Aku sudah bosan diperlakukan sebegini, CUKUPLAH! CUKUPLAH!
Aku sanggup berundur diri dan mengalah untuk kebahagiaan kau, kerana aku sayang kau.

KETAHUILAH ;
" Jika aku tidak menyayangimu, aku akan mebiarkan diri ini untuk berkongsi kasih sayang dengan insan lain "

KETAHUILAH ;
" Jika aku menyayangimu, aku tidak sanggup untuk berkongsi kasih sayang dengan insan lain"

KETAHUILAH ;
" Aku bukannya mempunyai paras rupa, aku tidak punya harta, tapi percayalah aku merupakan yang terjujur buat kau "

KETAHUILAH ;
" Aku sudah cuba yang terbaik untuk mengembalikan keadaan seperti dulu kala dimana kita ketawa dan bersedih bersama "

dan

KETAHUILAH ;
" Akulah orang yang sanggup untuk memberikan seseorang itu peluang kedua walaupun aku terpaksa menanggung kesakitan "

Aku tidak punya hak untuk memaksa kau menyayangi aku, aku tidak perlu simpati untuk disayangi. Aku punya harga diri, aku tidak perlu merayu untuk memiliki kasih sayang yang belum pasti lagi dibalas.
CUKUPLAH, sudah tiba masanya untuk aku mengucapkan ini
"Aku sanggup berkorban. Aku sanggup mengalah dan aku sanggup berundur diri hanya kerana aku ingin kau bahagia. Biarlah aku disini. Janganlah kau peduli pasal perasaan aku. Pergilah kepadanya dan Berbahagialah "

Cukuplah semua penderitaan yang aku alami ini, dan janganlah kau teruskan lagi penderitaan ini.

Ketahuilah ;
mengenali dirimu bukanlah sesuatu yang pahit buat aku.

:'(

p/s ; maaf pembaca. cuma blog ini saja saya mampu beritahu segala keperitan yang saya rasa. cuma blog inilah yang mampu mendengar/mengetahui semua masalah saya.