Saya suka packing untuk balik ke Kota Kinabalu, tapi benci bila terpaksa packing untuk balik ke Shah Alam

Saturday, June 19, 2010 Pojiegraphy Journal 1 Comments

Ehem Ehem! Bunyi agak kejam tak Entry title saya tu? :]

Entry kali ini bukanlah kesedihan disebabkan cinta atau apa-apa yang sealiran dengannya. Tapi entry kali ini adalah kesedihan untuk meninggalkan tempat kita dilahirkan. Saya bukan cuba untuk menjadi seorang yang mengada-ngada. Bukan! Tapi, ya. siapa yang tidak keberatan untuk meninggalkan kampungnya? Siapa yg tidak keberatan untuk jauh dari kedua ibu bapanya? TIADA SIAPA!
Takpe, itu bukanlah perkara baru buat saya. Saya dah lama hidup berdikari tanpa kedua ibubapa saya. HAHA. berdikarilah sangat?! Hari ini 19 June 2010 bersamaan dengan hari sabtu ialah hari terakhir saya menghabiskan masa disini (Kota Kinabalu) dan saya bakal berangkat ke Kuala Lumpur pada pukul 10pagi esok harinya. Packing barang? Sekarang sudah pukul 6 Petang. Tapi satu habuk/ura meng'packing' barang belum ada lagi. Takpe, awal lagi. Rilek dulu!

Rasanya baru semalam saya mendarat disini. Dan keesokan harinya terpaksa terbang kembali ke semenanjung. Oh tidak.

Saya masih tidak PUAS ;
- Bergumpul dengan mak & ayah di ruang tamu. Sambil tengok Tv.
- Lepak dengan kawan-kawan.
- Minum YoYo.
- Menghabiskan waktu di Waterfront.
- Berjalan-jalan menikmati indahnya suasana disini.
- Merasai udara yang nyaman. Sejuk ala-ala London.
- Meng'feelkan' diri di taman. Ala-ala bollywood.
- Merasai masakan Sabah. (Masakan Mak)

Akhir sekali,
TIDUR DIKATIL YANG MEMPUNYAI TILAM & BANTAL YANG EMPUK.
(Rasanya bilik saya nanti jadi seperti stor semula. Setelah sekembalinya tuannya ke Shah Alam)

Selepas ini, saya perlu mengfokuskan diri tentang urusan Universiti. Kerana saya punya lagi 1 Minggu lebih untuk menyelesaikan semua urusan tersebut. Mampukah saya? Pasti boleh! Disamping itu, saya telah banyak menghabiskan duit disini. Beli itu, beli ini. Semuanya untuk disana nanti. Tak mengapa, sekali sekala boros takpe. Jangan sampai tiap-tiap hari sudah!

Kepada rakan-rakan saya yang tersayang, terima kasih kerana sudi mengambil cuti untuk lepak dengan saya. Kepada yang tidak sempat untuk berjumpa, Susanna, Collin sorry yah. tidak berkesempatan nak jumpa since kamuorang pun macam busy seperti menteri sudah. :(
Its okay, i'll make sure that i'll fly to kk again as soon as possible.


Akhir kata dari saya, Jumpa di Shah Alam. Bye Kota kinabalu.
*Sedang membuat semakan barang-barang yang perlu dibawa*

p/s ; saya akan cuba sedaya upaya untuk menguptodatekan blog ini nanti. Im looking foward to see YOU soon when i reached Shah Alam. If and only that will happens.

Regards,
pojiegraphy.

1 comment:

  1. Bukan kacang sebarang kacang.
    Kacang melilit si kayu jati.
    Bukan datang sebarang datang.
    Datang membawa hajat di hati.

    Anak raja main congkak,
    Main congkak punya pelan ,
    Boleh saya tumpang bertanya,
    salam dihulur tanda persahabatan,

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
    ~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
    ~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
    ~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
    ~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    ReplyDelete