Bye Holiday, Hello University

Thursday, June 24, 2010 Pojiegraphy Journal 3 Comments

Hello kawan-kawan
(Dengan bunyi agak kurang sedap)

Eh, aku bukan nangis ke ape ah. Cuma agak terasa je. Yelaah, esok aku dh nk belaaah g melaka dah. Tanpa laptop, tanpa broadband anddd tidaklah busy sgt. Just, nak cari masa untuk update blog tu agak susah. Agak bakal merindui suasana macam ni. Tiap-tiap hari boleh berjalan-jalan di blog org lain. berkongsi cerita masing-masing dengan penuh terujanya. aishh, aku bakal rindu yang itu!
Kawan, nak tau kenapa aku post gmbr hitam putih tak? bukan sebab nak berkabung ke ape. maybe gambar ni bole bg korang tengok apa aku rasa skg. bukan frust dlm relationship. bukan sedih. tapi entahlah, excited+nervous+merindui kot. Entah apa sakit yang aku dpt ni nak dkat2 masuk Universiti, sakit ni xnak bagi aku terlibat dlm MMS kot. Minggu Mesra Siswa/Siswi. Klakar klakar. :D



Tup tap tup tap tup tap !
Lihatlah kini Mohd Shahril Fawzy bakal bergelar seorang siswa. Dulu ingat lagi, dengan muka blur-blur. masok sekolah. kemas dengan uniform dan seluar serta tali leher yg agak selekeh diikat. aiyoo, pojie2. bila ingat balik memang aku mampu tersenyum seperti org yg terkena sindrom gelak. (penyakit terbaru.jgn tiru.agak bahaya)


nak lihat saya dalam "uniform sekolah" dulu? sure korang akan terpikat.
(bajet nak perasaan hot jap)


aku bersama dengan soulmate. kami suka berkepit. bukan kapel tp mesra. dimana-mana kami tetap bersama. dh macam gam dengan kertas. ;]

salah satu sketsa yang menjadi kegemaran aku semasa di sekolah

Satu benda yang aku ingat sampai bila-bila, jadi Achievers sekolah. Achievers la sangat.



pasti anda teringat kembali semua post2 aku semasa berada di kaki bangku sekolah. penuh dengan keceriaan sebagai bergelar seorang pelajar sekolah yang indahnya memakai uniform sekolah. eh, baru ku rasa apa yg dorang rasa. masa sekolah,

"aku nak sekolah habis cepat! cepat! cepat!"
-itulah keluhan yang sering kita dgr dari budak-budak lain. termasuk aku.

tapi.. bila dh hbs sekolah ni, tiba2 rasa rindu sgt nak kembali zaman sekolah tu. dimana kita sibuk berjalan-jalan dengan buku latihan, show off budak2 lain yg kita ni rajin, lepak-lepak ngan budak kelas, bahan junior, buat lawak sesama sendiri, bertanya dengan cikgu dgn apa yg kita xfhm, balik sekolah, pergi sekolah, belajar dengan kawan-kawan kelas. hmmm...fikir-fikir, masa lalu dh xboleh nak diulang lagi. biarlah jadi satu kenangan setiap org. INGAT! hargailah zaman persekolahan anda itu kerana saat itulah kamu akan kenal dengan erti persahabatan, erti kehidupan, dan erti keseronokan. kepada rakan-rakan kelas ;
- Ellyn
- Hazim
- Farhana
- Azri
- Acap
- Hakimi
- Ema
- Farah
- Siva
- Guru
- Jaganathan
- Fidaei
- Umie
- Amalina
- Ard
- Fendi
Korang semua the best! Goodluck in your further studies. Ingat, mama imah selalu ingat dekat korang! HAHA Yang aku tahu, ellyn dpt unisel, hazim unikl, azri Uniten, Ema Uitm perak, Ard Uitm Shah Alam, Fendi Uitm Pahang dan yang lain masih lagi tidak diketahui. Jangan hilang contact sudah. :(


Ingat lagi satu insiden dimana 5PK dihentam sekuat-kuatnya oleh pihak sekolah diatas kenakalan kitaorg bermain baling-baling TELUR, SERBUK KUNYIT semasa tarikh lahir salah seorang budak kelas iaitu Fendi ( 9th August) Masih aku ingat wei. Haha. hampir tiga bulan semua cikgu touching, budak-budak lain siap bahan budak kelas 5PK bau telur dan kunyit. HAHAHA


5 PENGATURCARAAN KOMPUTER 2009
THE BEST AMONG THE BEST!




Back to the main topic,
KORANG! Aku dah nak gerak, aku dah nak gerak. Takda apa-apa perasaan ke? Sedih ke? happy ke?
Yang penting, aku sangat-sangat teruja+nervous+curios dengan keadaan sana nanti. macam mana aku nak bergaul dengan org ramai yg dtg daripada pelbagai latar belakang bukan background color ah. :]
Tujuan aku menulis entry ini adalah untuk berkongsi dengan para pembaca apa yang aku rasa sekarang. bagi yang bakal masuk Universiti tu mesti dapat rasa apa yg aku rasa sekarang.
hmm, so far semua barang-barang dan dokumen-dokumen penting dah settle.
Kini saya boleh bernafas kelegaan. Alhamdullilah.
Esok aku bakal bertolak dihantar oleh kakak aku. Alangkah baiknya kalau mak & ayah dapat turut serta menghantar aku. hadeeyh.

Dalam kepala otak aku skg ni...

- Macam manalah keadaan disana nanti?
- Macam manalah orang-orang disana nanti?
- Bagaimana nak bergaul dengan dorang?
- Bagaimana nak hidup berjauhan dengan keluarga?
- Bagaimana nak menyesuaikan budaya/adat disana?
- Apalah perlu aku buat bila dah sampai sana?
- Siapa yg kena aku jumpa?
- Macam manalah cara belajar bagi budak Universiti ni?

Aku agak tertanya-tanya semua tu, xpe nanti aku taulah bila dh sampai sana.
Yang penting, aku bakal merindui ;



Mak & Ayah Sempat berjumpa ketika aku balik ke KK pun dah cukup utk bg semangat untuk aku masuk U nanti ;]
Tidak lupa juga kepada adik-beradik tersayang Gonna miss them.

Inilah Meng, Kucing kesayangan aku. tidur dengan aku. tengok tv dengan aku. even masa struggle study utk SPM dulu pun dia jugalah temankan aku. Lihat gambar diatas, itulah dia semasa zaman-zaman bersuara tajam. :] kini dh mempunyai 3 ekor anak. Sape la nak jaga dorang nnt. hmm

Orang yang memberi KITKAT ni biarlah ianya cuma sekadar KITKAT Limited Edition yg biasa, tapi banyak erti disebaliknya. pahit manis masin masam yang dilalui memang satu benda yang beerti buat aku. Bakal merinduimu.

Having a cup of COFFEE made by mom. suatu benda yg bukan selalu aku lalui. bukan senang. dan bukanlah susah sangat. :]

bermanja-manja dengan YOYO. ini juga banyak erti disebaliknya, bila diingat kembali. aku dengan tiba-tibanya mendapat penyakit sindrom gelak. agak kelihatan mcm org kurang siuman, tapi xpa. aku je tahu. ;]

sang ARNAB yang selalu memberontak bila lapar. menjadi 'alarm' untuk aku bangun diwaktu pagi. ;]

Keluar berjalan-jalan dengan member. Itu sudah pasti satu benda yang aku akan rindui.

Masih ingat yang ini? Handmade by miss Epifah. Cikgu practical Bahasa Inggeris. Ini juga aku akan rindu nak tengok. takpe cikgu, nanti pojie lekat dkat loker. ;]

Photoshoot. Selfshoot and more.
:(




Bye bye Shah Alam, Hello Melaka!
sambil mengusung beg tarik yang berat dengan baju bajan aku ni

"Doakan yang terbaik buat saya. doakan kejayaan buat saya. doakan keselamatan saya terjamin disana. doakan saya agar kuat mengahadapi dugaan. doakan saya agar menjadi seorang yang berjaya. doakan saya agar jauh daripada sebarang masalah. doakan saya agar menjadi siswa yang mempunyai rasa hormat yang tinggi. doakan segala-galanya buat saya ya kawan-kawan"
Kepada bakal rakan-rakan di Uitm Alor Gajah, kalau nampak saya jangan pulak tidak ditegur yeah. Saya tidak akan memakan anda.

p/s ; relationship? biarlah sampai disini dulu. dalam erti yg lebih jelas "Pause". Masing-masing pun sedang busy dengan hal sendiri.

:]

FAREWELL GUYS
will be update soon, not so soon, but quite soon.

Till then.
Regards, pojiegraphy

posted on 25/06/2010 at 8.03pm

3 comments:

  1. akan tiba masanya setiap orang akan bz dgn arah tujuan masing2.
    selamat belajar n menempuh alam d U,ril.
    gonna miss u.

    ReplyDelete
  2. Good luck bro!
    bersemangatlah menempuh alam U!
    taun ni aku lak spm.
    tak nk abis skola.
    msti byk lost contact ngan kengkawan nanti. takuut nak cri kwn baru :(

    ReplyDelete
  3. All The Best Dude..!!
    move on on..n hope for the better..but..dont forget..strive for it k..

    ReplyDelete