The day that i've got big nervous

Thursday, March 11, 2010 Pojiegraphy Journal 8 Comments

11/03/2010
oh ya, hari ini merupakan hari yang paling mendebarkan bagi aku. Sepanjang umur okay!
malam semalam balik keja seawal 9 malam, mandi and terus pegi buat latihan driving sdn.bhd.
nasib baik xde sebarang perlanggaran berlaku, Alhamdulillah! Pada malamnya, aku amatlah susah untuk melelapkan mata aku yang sudah seperti mata sang drakula yang kehausan darah. Akhirnya aku dapat melelapkan mata setelah menepuk bantal sebanyak tiga kali and ucap "Selamat Malam Sayang".
Isn't nice? yeah, im trying to be so sweet on that night. Nasib baik xde semut kacau aku. :D
Pagi aku bangun dengan penuh debaran (pukul 7pagi), kakak akulah yang menghantar aku ke pusat latihan memandu untuk menghadiri UJIAN JPJ. Breakfast, and masok ke bilik JPJ. OH! saya mendapat no 4, dimana saya memulakan sesi itu agak awal setelah ramai calon yang tidak dapat menghadirkan diri. Salah seorang pegawai JPJ memanggil no aku, dengan secara automatiknya tangan and kaki aku menggigil. Mengharapkan diri tidak dapat kereta modal Viva. Sebab kereta tu macam haram!
At first, Jpj membawa aku masuk ke kereta Viva kerana bagi beliau kereta itu adalah selesa baginya tapi bukan aku.

"Boleh saya start?" tanya aku kepada tuan JPJ tu. lalu dia menjawab "Okay,start!".
"Aik, encik kunci takde lah!", jpj berkata "ah jom pegi amek keta kancil" perghh! aku macam lega gila woo.

NASIB BAIK DAPAT LEPAS AZAB JPJ, aku sangatlah lega.
Habis je test, teros aku straight away g sekolah. Bebudak class dah sebok kol aku, tanye aku kat mane. aku plak menggigil macam cacing kesejukan. Tidak reti dok diam, macam apelah.
orang pertama aku jumpa kat sekolah ialah Nur Ellina bte Ismail.
after that, aku pegi la bilik SPBT nak pulangkan buku teks.
and Mdm Aisyah was on duty, nampak aku then dia cakap "do i know you?" GAH! sampai hati cikgu. haha
Lepas tu aku bergegas pegi ke dewan alam sarjana, bunyi taklimat masih kedengaran. Sampai je kat depan pintu dewan aku jumpe ard, and hazim.
Tiba2, budak2 bagi tepukan kat dalam dewan. Rasa cuak tu masih membuak-buak.
aku, ard and hazim teros g ke meja yang bernama "5 PK", jumpa cikgu Norhazah.
sume budak dah dapat result dorang, ard, guru, hazim, and ellyn dah dapat result dorang. aku sorang belom lagi. takot macam nak gila wei
aku dah nampak slip yang dicetak dengan nama Mohd Shahril Fawzy Suhaili, aku selak sket.
yang first aku tengok ialah jumlah A yang aku dapat. Agak rakus kan! ye la, dah sume budak dapat banyak A, aku pun nak gak!.
kira punya kira Alhamdulillah, result memang memuaskan!

Photos ;

saat kitaorang sebok selak slip

bebudak junior yang jadi senior tahun ini

farhana salam cikgu while aku sebok tengok result orang

budak PLKN, tapi xnampak macam budak PLKN pun. haha

Alhamdulillah, aku berjaya mendapat 5A3B!
tak sia-sia usaha aku selama ini, merungut pasal SPM, hilang kawan sebab SPM.
Big thanks to Allah, My parents daddy and mummy, my sister yang banyak bekorban menghantar and menjemput aku, sume adik beradik, kepada cikgu-cikgu juga, serta kawan-kawan seperjuangan.
AKU TAKKAN LUPAKAN KORANG SAMPAI BILA-BILA WEI!
p/s ; selepas ini nak follow up IPTA.

8 comments:

  1. walauwaeh..congratz bro!!
    job well done..

    ReplyDelete
  2. congrats pojie...
    eh, siapakah pojie?

    ReplyDelete
  3. congrate dik pojie oi..samelah nan adek akak...ngee~cane nk follow nih?pojie ler follow akak k?muleh ta?

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
    Salam dari kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ”Selintas camar yang lalu
    membawa sarat harapan
    nun di puncak awan biru
    sana sayapnya meluas membuka
    ruang pandangan manusia
    agar mengheret dukanya pergi”

    Sorry lama tak ziarah kat blog ni.... kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…ape pun kami tetap mengingati blog ini dan saling mengiratkat lagi kunjungan....

    ReplyDelete
  5. sudah membuat pilihan IPTA??

    all the best buat kamu ya.

    ReplyDelete