Pojie after the hybernating process.

Sunday, January 17, 2010 Pojiegraphy Journal 5 Comments

Hello Blogger & Pembaca!
Terus terang, memang teramat rindu nak buat sedikit update kat blog aku yang tak sefamous blog artis. Sebelum itu, harap maaf diatas kesulitan yang dialami sebelum ini. Terima Kasih kepada rakan-rakan & pembaca blog aku yang setia kerana menegur & bertanyakan kabar tentang si akuSEORANGpenagihBlOG. Aku telah selamat menjalani proses hibernasi di sebuah tempat yang dinamakan kamarku. Well, x ada apa2 pun yang perlukan difikirkan tentang hibernasi tu. Cuma, menenangkan otak yang sangat celaru ni. Blog ni kadang-kadang buat aku senang hati tetapi kadang-kadang sebaliknya. Entah! day by day benda yang ada dlm blog ni buatkan aku get annoyed. Nah! forget it. Aku sekarang sangat mati kutu dengan aktiviti harian yang aku sedang alami selepas SPM ni. Rasa macam rindu sangat aktiviti di sekolah. Di mana, budak-budak sebok meniru kerja kawan, sembang-sembang, Umpat makcik kantin, sindir kawan, and more. Bila kat sekolah, terasa nak habis cepat. Entah, apa yang aku nak bila dalam alam persekolah. Nak makanan free? TIDAK! Nak notebook untuk setiap pelajar? MUNGKIN! (Dapat juga post something semasa dalam kelas kat Facebook). Apa yang senior aku cakap sebenarnya memang benar, "Bila korang dah habis sekolah, mesti korang rindu gila saat tu!". Aku memang rindu sekarang ni memandangkan hidup aku agak bosan tahap gaban buat masa sekarang. Aku nak letak jawatan sebagai seorang penternak lemak. Setelah lama menunggu panggilan daripada karangkraf untuk mengambil aku sebagai seorang partime model. Tapi macam mengambil masa pulak. Last-last aku buat keputusan nak buat kerja part time lain. Now i am currently doing job hunting. Who knows i'll get a better job with a fully satisfication salary. Wooot!oh, disini adalah gambar terkini aku sebagai bahan untuk up to date blog ni,





Aku just takot maybe bila dah start keja, aku memang tidak berkesempatan untuk melayan Facebook & Blog aku ni lagi. Tup tap tup tap! result kuar! Pastu busy nak urus Universiti. Wooo! Sungguh tidak percaya aku kini bakal memasuki ke alam UNIVERSITI. Thats the thing i've been waiting for almost 12 Years. Betul ke? Merepek pulak aku ni.Okay peeps, till then. I've to go now. Gonna hit my bed. Esok ada interview, entah dapat ke tak that job.

pss; "hidup bagaikan sebuah roda yang berpusing, Dimana ada masanya kita berada di atas, dan mungkin ada masanya kita berada di bawah"

should be posted at 16th January 2009

your sincerely, Pojie

5 comments: